Padah tunjuk kemaluan depan budak

Padah tunjuk kemaluan depan budak

Tindakan lelaki menunjukkan kemaluannya di hadapan seorang kanak-kanak perempuan Isnin lalu, membawa padah apabila dia ditahan polis di pusat pentadbiran kerajaan di sini.

Lelaki yang juga pekerja penghantar barang berusia 32 tahun itu ditahan pada 6 petang di perkarangan Ibu Pejabat Polis (IPD) Putrajaya, Selasa lalu.

Ketua Polis Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek dipercayai melakukan perbuatan itu di hadapan kanak-kanak terbabit dalam sebuah lif kuarters kerajaan di Presint 5 di sini.

Laporan polis dibuat oleh ibu mangsa selepas kanak-kanak itu mendakwa seorang lelaki memakai topi keledar, mengganggu dan menunjukkan kemaluan ketika dia berada dalam lif.

“Siasatan mendapati, kejadian sama turut dikesan di kawasan perumahan yang sama sebelum ini dengan empat laporan polis dibuat membabitkan lima mangsa,” katanya ketika dihubungi.

A Asmadi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 15A(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Menurutnya, pihaknya turut merampas topi keledar baju, jeans, beg silang dan selipar daripada suspek.

“Suspek turut mengaku terbabit dalam tiga kes sama yang disiasat sebelum ini dan dia ditahan reman selama empat hari bermula Selasa hingga Sabtu ini bagi membantu siasatan.

“Keputusan ujian saringan air kencing suspek juga adalah negatif daripada penyalahgunaan dadah,” katanya. BH

Padah tunjuk kemaluan depan budak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

PAS ‘melompat’ dengan sokongan MP Bukit Gantang kepada PM

Tok Ram punya pasal, Alyah yang kena

Bersatu berpecah, menunggu karam – Mohd. Sharkar

Saya bukan muka T20 – Shuib

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker