Apa cerita kes penceroboh haram Musang King?

Sebaran :

Jangan lupa kes pesara tentera dipenjara, denda kerana ceroboh hutan

BANGI, 22 Syaaban 1442H, Ahad – Hampir tiga bulan, isu pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang yang dijadikan ladang durian haram di Raub, seolah-olah sunyi tanpa apa-apa perkembangan.

Keadaan ini dapat dilihat selepas Mahkamah Rayuan pada 5 Januari lalu membenarkan permohonan 204 pekebun durian Musang King di sekitar Raub untuk menangguhkan notis arahan pengosongan tanah yang dikeluarkan oleh kerajaan Pahang sehingga rayuan mereka diselesaikan.

Berikutan itu, pemerhati politik Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin mengimbas kembali hukuman yang dijatuhkan terhadap seorang bekas tentera kerana didapati bersalah menceroboh hutan simpan kekal tanpa kebenaran pada tahun 2014.

“Sunyi. Jangan dilupakan kes seorang pesara tentera dahulu.



“Dia dipenjarakan selama dua tahun dan denda RM50,000 kerana menceroboh hutan.

“Bagaimana pula dengan kes pencerobohan 4,400 hektar tanah milik kerajaan di Raub Pahang, apa cerita?,” soalnya menerusi catatan di Facebook hari ini.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan, Datuk Zainal Azman Ab Aziz menolak permohonan pekebun itu untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah berkenaan.

Hakim terbabit berpendapat pekebun itu tidak seharusnya membuat permohonan itu kerana notis pengosongan yang dikeluarkan pentadbir tanah bukanlah satu keputusan atau tindakan boleh disemak di mahkamah.



Selain itu, mahkamah mendapati pekebun terbabit adalah penceroboh di tanah berkenaan dan tidak mempunyai locus standi (hak di sisi undang-undang) untuk memfailkan permohonan semakan kehakiman.

Pekebun memfailkan permohonan bagi mendapatkan kebenaran menyemak notis pengosongan tanah yang ditanam pokok durian Musang King di sekitar Raub, termasuk di Sungai Ruan, Sungai Chalit, Sungai Klau yang dianggarkan seluas 2,167 hektar.

Seramai 110 pekebun memfailkan permohonan itu pada 28 Ogos tahun lalu, manakala bakinya membuat permohonan sama pada 9 September.

Mereka menamakan Pentadbir Tanah Daerah Raub, Pengarah Perhutanan Pahang, pihak berkuasa negeri, kerajaan Pahang, Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) dan Royal Pahang Durian Resources PKPP Sdn Bhd sebagai responden.




Sebaran :

Leave a Reply