Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith — MYKMU.NET

Neelofa terima anugerah Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith



Sebaran :


KOTA BHARU: Selebriti terkemuka tanah air, Noor Neelofa Mohd Noor dianugerahkan sebagai Tokoh Sayyidatina Juwairiyah Al-Harith Bagi Kategori Tokoh Berpengaruh Mega atau influencer oleh kerajaan Kelantan sempena sambutan Hari Sayyidatina Khadijah (HSK) 2021.

Anak kelahiran Pasir Mas yang dikenali sebagai Neelofa itu merupakan salah seorang daripada 14 wanita yang menerima anugerah pada majlis tersebut, lapor portal berita Sinar Harian.

Bagaimanapun, Neelofa tidak hadir ke majlis tersebut kerana difahamkan berada di Langkawi selepas melangsungkan perkahwinan pada Sabtu lalu.



Bukan itu sahaja, tiada wakil atau ahli keluarga daripada selebriti itu hadir untuk menerima anugerah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff.

HSK yang merupakan program tahunan yang diperkenalkan kerajaan Kelantan itu bagi meraikan, mengiktiraf peranan serta sumbangan wanita dalam pembangunan di negeri ini.

Program ini dianjurkan oleh Urus Setia Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita Negeri Kelantan.



Sementara itu ketika seluruh masyarakat membincangkan kontroversi perjalanannya merentas negeri menuju Pulau Langkawi, pengantin baharu, Neelofa tampil menjelaskan situasi sebenar.

Dalam hantaran di IG Story pada Khamis, Neelofa memberi bayangan bahawa kunjungannya ke pulau percutian itu bersama suaminya, Haris Ismail atau PU Riz atas urusan perniagaan.

“Bertenang semua di luar sana… tak launch lagi (dapat) free marketing, dah gegar satu negara… syukur rezeki Allah atur,” kata Neelofa dalam hantaran berkenaan.



Seperti yang dijelaskan sebuah syarikat pembekal makanan dan minuman popular, pengacara dan usahawan itu dan suaminya sedang melakukan lawatan kerja ke tiga lokasi di zon utara iaitu Sungai Petani dan Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis bagi tujuan pembukaan cawangan baharu. Awani


Sebaran :


Leave a Reply