Hendak belanja apa tanpa kelulusan Parlimen? soal Shahril


Kerajaan perlu menjelaskan kepada umum apa perancangan yang akan dibuat melalui perbelanjaan tambahan tanpa kelulusan Parlimen, kata Ketua Penerangan Umno Shahril Hamdan.

Katanya, meskipun sudah terlepas tanggungjawab prosedur demokrasi berparlimen buat masa sekarang, kerajaan wajar mengambil tanggungjawab moral untuk sekurang-kurangnya memaklumkan perancangan perbelanjaan tambahan.

“Pindaan Ordinan Darurat semalam memberikan kuasa kepada kerajaan persekutuan dan negeri untuk menambah perbelanjaan tanpa melalui Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri – mengingatkan kita bahawa demokrasi di Malaysia sedang tergendala.

“Sepatutnya kalau perancangan itu baik, Ahli Parlimen pun akan luluskan. Tapi sekarang dengan pindaan ordinan, tak perlu takut. “Confirm” (Pasti) boleh belanja,” katanya dalam catatan di Facebook.



Shahril turut memberi cadangan supaya kerajaan mempertimbangkan komentar dan kritikan membina ke arah penambahbaikan perbelanjaan tambahan itu seperti mana Belanjawan 2021 tempoh hari.

“Akhirnya, kuasa masih di Kerajaan – tetapi bukalah sedikit ruang akauntabiliti,” katanya.

Seksyen 10a dan Seksyen 10b dalam Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 2021 berkuat kuasa semalam.

Pindaan Ordinan Darurat bermakna Muhyiddin boleh menambah perbelanjaan kerajaan daripada Kumpulan Wang Disatukan tanpa kelulusan wakil rakyat.



Kebiasaannya, penggunaan Kumpulan Wang Disatukan perlu dibentang di Parlimen, manakala di peringkat negeri di DUN terlebih dahulu untuk mendapatkan kelulusan. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker