“Kehidupan masa kini memang mencabar.” Perlembagaan diuji sehabisnya – Ketua Hakim Negara

Sebaran :

PUTRAJAYA: Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan kini diuji sehabis-habisnya, kata Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, sambil mengingatkan badan kehakiman supaya sentiasa saksama dan selalu bersedia untuk memberikan keadilan sesuai dengan kedaulatan undang-undang.

Ketua hakim itu berkata, beliau tidak mempunyai keraguan bahawa golongan hakim mampu menanganinya memandangkan “kehidupan masa kini memang mencabar.”

“Pada masa seperti ini, badan kehakiman harus tetap saksama,” katanya dalam ucapan pembukaannya pada program induksi untuk sembilan pesuruhjaya kehakiman (JC) dua hari lalu.

“Anda pasti akan mendengar kes-kes yang menarik perhatian orang ramai dan/atau kes yang melibatkan tokoh masyarakat,” katanya, sambil menambahkan bahawa “tidak kira bagaimanapun kesaksamaan anda, keputusan anda tidak akan diterima sebagai saksama atau dilihat secara objektif.”

Demi tunai sanggup bunuh, apatah lagi lompat parti – Mahathir

Hari ini, beliau menyampaikan surat pelantikan selain menyaksikan kenaikan pangkat lima hakim Mahkamah Tinggi ke Mahkamah Rayuan.

Tengku Maimun juga berkata, dalam melaksanakan tugas kehakiman, hakim tidak memiliki hak istimewa untuk memilih kes mana yang ingin dihakimi.

Selalunya, katanya, keputusan hakim akan diterima dengan sentimen yang kuat. Bagaimanapun, beliau berkata seseorang tidak perlu terlalu bimbang dengan pandangan orang lain terhadap sesuatu keputusan, tidak kiralaha dari eksekutif, legislatif, awam malah rakan mereka sendiri.

“Anda harus tetap teguh dalam menegakkan kedaulatan undang-undang. Umum mendengar hakim dilabel sebagai ‘konservatif’ atau ‘liberal’. Setahu saya, hanya satu label yang penting: hakim yang saksama,” katanya.

 

Pertikai sokongan Zahid kepada Anwar, DAP bukan fitnah: Tun Faisal Rayu Penggantungan Dibatalkan


Sebaran :

Leave a Reply