Rumah Anwar di Kajang ada perjanjian pajakan 10 tahun

Sankara Nair berkata mereka mempunyai bukti dokumen perjanjian telah ditandatangani.

Rumah Anwar di Kajang ada perjanjian pajakan 10 tahun

Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah menandatangani perjanjian pajakan 10 tahun untuk kediaman peribadinya di Sungai Long, Kajang pada 2020 kata peguam Sankara Nair.

Sankara berkata mereka mempunyai dokumen berkenaan untuk menjawab tuduhan daripada beberapa pemimpin pembangkang yang berkongsi maklumat palsu berhubung pemilikan rumah berkenaan.



“Hartanah itu adalah dalam pajakan, ada perjanjian pajakan selama 10 tahun, yang (buktinya) ada bersama saya. Ia sebahagian daripada bukti.

“Jika anda membuat carian di pejabat tanah anda boleh jumpa,” katanya selepas bersama Setiausaha Politik Anwar Ahmad Farhan Fauzi membuat laporan polis di IPD Putrajaya.

Sankara berkata beliau menasihatkan Anwar untuk membuat laporan jenayah fitnah terhadap Ahli Jawatankuasa Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin, Ahli Parlimen Tasek Gelugor Wan Saiful Wan Jan dan blogger Raggie Jessy Rithaudeen yang berkongsi kenyataan palsu mengenai pemilikan kediaman tersebut.

“Kami mempunyai bukti ia berniat jahat dan mala fide untuk merosakkan reputasi perdana menteri,” katanya sambil menambah perdana menteri boleh tinggal di mana sahaja yang dirasakan selamat.



Selasa lalu, Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Anwar berhubung pemilikan kediaman peribadinya di Kajang yang didakwa milik “tauke Cina yang penuh misteri” termasuk menggunakan kereta bukan miliknya.

Mengulas perkara itu, Sankara berkata Anwar memaklumkan kepadanya bahawa kenderaan tersebut adalah kereta terpakai yang dipinjamkan kepadanya.

“Sebaik menjadi perdana menteri, beliau (Anwar) kembalikan semuanya. Itu yang dia beritahu saya pagi tadi,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Farhan berkata laporan polis dibuat di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia terhadap tiga individu terbabit.



“Kenyataan dibuat mereka tidak berasas, berniat jahat dan bermotifkan politik,” katanya. FMT

Rumah Anwar di Kajang ada perjanjian pajakan 10 tahun

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Dituduh jual agama dengan pakai tudung ‘on off’, Baby Shima saman PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Pahang

Terkejut tengok Ameera Khan di gimnasium (Video)



Harinya akan tiba bila dia pergi, Amy doakan untuk anaknya Alexander

Angkuh dan berlagak samseng, pekerja pasar raya ditahan Polis



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker