Biodata Dan Latar Belakang Pelakon Kamal Adli

Biodata

1. Pemilik nama penuh Ahmad Kamal bin Ahmad Adli. Dikenali sebagai Kamal Adli.

2. Lahir pada 16 April 1986 di Bentong, Pahang, Malaysia.

3. Berketinggian 178 sentimeter.

4. Anak ketiga daripada tujuh beradik.

5. Kediamannya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor.

6. Mempunyai kelulusan dalam jurusan Penyiaran di Malaysia Institute of Integrative Media (MIIM; Akademi TV3).

7. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2008.

8. Merupakan pelakon, pengacara, model dan pelawak.

9. Bekas juara pertandingan Hero Remaja 2007/2008.

10. Lakonan sulungnya menerusi watak Budi dalam siri drama Renjis musim kedua yang disiarkan di saluran Astro Ria pada 2008.

11. Pernah membintangi filem, antaranya Niyang Rapik, Senjakala, Apa Celop Toqq, Abang Long Fadil, Cerita Hantu Malaysia, Isteri Untuk Dijual dan Blok 404.

12. Beberapa drama dilakonkannya seperti Mayang Mengurai, Ana Lu’lu, Apa Celop, Bila Hati Perempuan Menjerit, Jodoh Sebelah Pintu, Black Belt Kaler Pink, Duda Pujaan Dara dan Jika Masih Ada Rindu.

13. Juga telefilem Otai Rempit, Kekasihku Is Setan, Lagu Kita, Sayangku Damia, Suamiku Encik Beruang, Ms Oxford Mr Mesir, Jongkong, Suatukala, I Heart You Cik Yah, Haloba, Hantu Don dan banyak lagi. Termasuk teater muzikal Impak Maksima, Gerimis Mengundang dan Asmara Songsang.

14. Bergelar Juara Super Spontan Superstar 2017, Naib Juara Liga Lawak Superstar dan pemegang trofi Pelakon Lelaki Prolifik di Anugerah Telenovela 2017.

15. Pernah bercinta dengan aktres Intan Ladyana selama lebih enam tahun sebelum dilaporkan menjalinkan cinta dengan aktres Emma Maembong. Namun pada 2017, perhubungan itu gagal kerana kehadiran orang ketiga. Mereka bagaimanapun tetap terus berkawan, namun sejauh mana status hubungan itu masih menjadi tanda tanya.

 

 

 

Uqasha Senrose dirisik Kamal Adli

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker