Datuk Seri Nicky belum ditangkap


JOHOR BAHRU – Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay menafikan Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33, yang diburu sudah ditahan polis.

Beliau membuat penafian itu berhubung laporan sebuah portal tempatan membabitkan penangkapan individu berkenaan kerana dipercayai terbabit dalam sindiket pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

“Belum lagi (ditangkap), ya (laporan itu tidak benar),” katanya ringkas kepada ketika dihubungi di sini hari ini.

Portal berkenaan mendakwa suspek ditahan di sebuah kelab malam di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur selepas usaha pencarian dijalankan polis selama 18 jam.



Sementara itu, Ayob Khan dalam satu sidang akhbar Ahad lalu memberitahu, pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.

“Polis Johor telah mengadakan operasi dengan melakukan serbuan di Puchong (Sabtu lalu) dan menahan 12 individu termasuk seorang yang berpangkat Datuk Seri.

“Sindiket ini besar dan banyak melibatkan penipuan dan scam. Suspek berpengaruh dan mempunyai banyak hubungan dengan ramai orang kenamaan termasuk pegawai daripada agensi penguatkuasa.

“Mana-mana individu yang cuba melindungi suspek akan diambil tindakan tegas tanpa mengira sama ada orang awam atau agensi penguatkuasa termasuk polis,” katanya.



Dalam sidang akhbar berkenaan, Ayob Khan turut berkata, pihaknya percaya ahli perniagaan itu masih berada di Puchong dan akan terus menjalankan usaha bagi menjejakinya.

Tambahnya, dua kertas siasatan telah dibuka di negeri ini di bawah Akta Pengubahan Wang Haram (AMLA) 2001 dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Soon Hee sebelum ini pernah ditahan kerana mencederakan dua anggota Sukarelawan Malaysia (RELA) yang sedang bertugas di perkarangan Tokong Kou Ong Yah, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, Kuala Lumpur, empat tahun lalu. K Online

Suspek utama Macau Scam lompat pagar SPRM ditangkap



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker