Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit
Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit
Kalau awal tahun lalu, Khairulaming berjaya menjual 10,000 Sambal Nyet dalam masa hampir satu jam. Namun kini rekod itu berjaya dipecahkan pada bulan ini apabila dia berjaya menjual 10,000 Sambal Nyet dalam masa 3 minit.
Dalam satu ciapan di Twitter, Khairulaming menyiarkan satu video pendek berdurasi lebih 2 minit yang memaparkan momen-momen sewaktu dia berjaya menjual Sambal Nyet keluarannya dalam masa hanya 3 minit.
“10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ni,” katanya.
Jualan 10,000 Sambal Nyet dalam masa 3 minit ini telah mengejutkan warganet. Sehingga ada sesetengah daripada mereka yang memanggilnya sebagai ‘sifu shoppee’. Walaupun ini hanyalah rekod peribadi, namun kisah inspirasi ini pasti akan menjadi motivasi buat orang ramai yang mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
Untuk anda yang kurang mengenali Khairulaming, beliau adalah seorang selebriti media sosial yang terkenal dengan video masakan. Dia kemudiannya berkembang dan mula menjual Sambal Nyet hasil resepinya sendiri.
10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sgt guys sbb masih support sampai ke hari ni 🙏🏻🥺🥺 pic.twitter.com/er8ShhXkC3
— Khairulaming (@khairulaming) October 10, 2021
Namun dalam pada berita kejayaan ini, Sambal Nyet sebenarnya pernah menghadapi beberapa isu yang negatif. Antaranya adalah jenama sambalnya diciplak oleh seorang wanita yang cuba mengaut untuk dari populariti yang dialami oleh Khairulaming. Selain itu, peniaga di China turut menggunakan namanya untuk melariskan jualan sambal buatan mereka. Vc
Khairulaming Adalah ‘Sifu Shopee’, Berjaya Jual 10,000 Sambal Nyet Dalam 3 Minit
Baca Artikel Menarik :
- Anak menteri India ditahan langgar mati petani tunjuk perasaan [VIDEO]
- Akibat rintihan, Mila Jirin dipanggil hadap menteri?
- Isteri Shuk Sahar ‘mengadu’ di media sosial sudah penat pertahankan rumah tangga
- Disuntik dadah dan diperkosa
- Rakan baik di sekolah jadi ibu tiri
- Saya tak minta nyawa dengan DAP – Rauf
- Kenapa Tak Boleh Sidai Baju Basah Dalam Rumah Sebabnya..
- Cara cetak sijil vaksin di MySejahtera
- Bantulah pakcik, susah sangat hidup ini
- Titik panas cetus Perang Dunia Ketiga
- Resepi Mee Kari Kerang Lazat Sungguh
Layari Laman Facebook MYKMU
Bapa kudung rogol anak OKU dipenjara 15 tahun