Amelia jangan bayar secara ansuran pulak kepada A. Aida – Peguam

Amelia jangan bayar secara ansuran pulak kepada A. Aida – Peguam

Pihak Syarikat A Aida Production Sdn Bhd berharap pelakon, Amelia Henderson melunaskan bayaran penuh tanpa sebarang ansuran.

Peguam, Ashmadi Othman mewakili produksi berkenaan selaku plaintif berkata, Amelia atau nama penuhnya, Amelia Thripura Henderson, 28, selaku defendan perlu memenuhi keputusan sebagaimana yang ditetapkan oleh Mahkamah Sesyen di sini.



Ia membabitkan lebih RM200,000 berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, tahun lalu, iaitu bayaran pertama RM3,920; ganti rugi am fitnah RM90,000 dan kos penggambaran drama itu sebanyak RM101,325 selain kos RM18,000 (guaman plaintif).

“Kita harap, Amelia dapat melunaskan bayaran itu secara ‘lump sum’ dan bergantung kepada anak guam saya sama ada mahu memberi kelonggaran kepada defendan atau sebaliknya,” katanya.

Ashmadi berkata, bintang filem ini juga perlu melunaskan bayaran lima peratus bagi bayaran pertama dan kos penggambaran drama itu kepada anak guamnya.

Beliau berkata, mahkamah juga membenarkan permohonan plaintif supaya defendan membuat permohonan maaf dan memadamkan video di Instagram yang mengandungi kenyataan fitnah terhadap syarikat itu.



“Selepas mahkamah memutuskan keputusan, maka pelakon itu perlu menghormatinya, jadi beliau kena bayar dan menurunkan kenyataan fitnah di Instagram dalam masa seminggu.

“Memandangkan tempoh pembayaran tidak dinyatakan oleh mahkamah, maka kita akan hantar surat tuntutan bayaran kepada pihak Amelia,” katanya.

Bagaimanapun beliau berkata, anak guamnya perlu akur kerana Amelia juga berhak untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes berkenaan.

Sementara itu, peguam, Wan Nurliyana Abdul Rahman mewakili Amelia berkata, rayuan di Mahkamah Tinggi bagi keseluruhan keputusan akan dibuat secepat mungkin.



Ditanya sama ada proses rayuan itu dapat menangguhkan bayaran kepada produksi A Aida, peguam itu berkata, ia tidak bersifat penundaan.

“Kalau mahu penangguhan, kita perlu memfailkan permohonan kepada mahkamah terlebih dahulu,” katanya.

Pada Jumaat, Mahkamah Sesyen memerintahkan Amelia membayar mencecah lebih RM200,000 kepada A Aida Production, berhubung isu pelanggaran kontrak sebuah drama, bertajuk ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’, tahun lalu.

Sepanjang perbicaraan bermula 1 November tahun lalu, seramai tiga saksi daripada plantif termasuk A Aida dan tiga saksi defendan termasuk Amelia hadir untuk memberi keterangan.



Semasa perbicaraan, seorang pengurus syarikat produksi memberitahu bahawa A Aida Production Sdn Bhd terpaksa menanggung kerugian akibat pelanggaran perjanjian yang dilakukan Amelia.

Sementara Amelia tetap dengan pendirian menafikan melanggar kontrak ketika dia menerima tawaran dan membintangi drama berjudul Sekali Lagi Cinta Kembali.

Sebelum ini media melaporkan Amelia dan pelakon Idris Khan berdepan dengan tindakan saman daripada A Aida kerana didakwa melanggar kontrak perjanjian sebuah drama seperti yang sudah ditandatangani sebelum ini.

A Aida bersama sutradara drama, Sekali Lagi Cinta Kembali iaitu Rizal Baharuddin, sepakat membawa perkara tersebut ke muka pengadilan sekali gus memberi pengajaran kepada dua pelakon terbabit.



Bagaimanapun, saman melibatkan A Aida dan Idris Khan berakhir dengan baik apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikannya di luar mahkamah sementara Amelia memilih untuk melawan kes saman itu. Sinar

Amelia jangan bayar secara ansuran pulak kepada A. Aida – Peguam

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Yana Najib kongsi ‘surat SPRM’ mengenai Nazlan lepas semakan SRC ditolak

Rahim Maarof koma dalam ICU

Luke Shaw peluk Islam?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker