Sistem radar RSS di Pulau Tengkorak boleh pantau penyeludupan, pergerakan PATI di Sungai Golok – Maritim Malaysia

Sistem radar RSS di Pulau Tengkorak boleh pantau penyeludupan, pergerakan PATI di Sungai Golok – Maritim Malaysia

Sistem radar RSS di Pulau Tengkorak boleh pantau penyeludupan, pergerakan PATI di Sungai Golok - Maritim Malaysia
Erwan Shah bergambar bersama pengamal media ketika program Boling Maritim Malaysia Bersama Media Kelantan. – NSTP/ Siti Rohana Idris

KOTA BHARU: Sistem radar ‘Remote Sensored Site’ (RSS) sangat diperlukan untuk pemantauan aktiviti penyeludupan di sempadan Kelantan-Thailand.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata, cadangan pemasangan radar RSS itu sudah dalam perhatian kerajaan dan pihaknya berharap ia akan diluluskan untuk pemantauan jenayah rentas sempadan.

“Cadangan pembinaannya adalah di Pulau Tengkorak di Tumpat yang berhampiran Sungai Golok kerana kawasan terbabit sering berlaku penyeludupan rokok serta pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Jarak antara tebing Sungai Golok ke Takbai (Thailand) sangat dekat, jadi sukar buat tangkapan tanpa pemantauan berterusan ditambah dengan kekangan anggota serta aset.

“Dengan adanya radar, ia memudahkan kita kenal pasti pergerakan vesel keluar masuk di kawasan itu sekali gus membantu urusan pemantauan,” katanya ketika program boling bersama media Kelantan di Tunjong, di sini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Perpaduan Adalah Kekuatan, Bukan Perpecahan


Erwan Shah berkata, jika radar RSS itu dipasang nanti, radius liputannya dijangka mencapai 10 batu nautika dan mampu mengesan pergerakan mencurigakan di sekitar lokasi itu.

Katanya, radar seumpama itu sudah dipasang di perairan Selat Melaka, negeri utara Semenanjung serta Sabah dan Sarawak, namun di Pantai Timur belum dilengkapi.

“Sebab itu dicadangkan dipasang juga di Pantai Timur termasuk Pahang dan Terengganu, malah dua negeri itu sudah ada beberapa cadangan yang strategik memandangkan ada kawasan pulau.

“Untuk Pulau Tengkorak pula, kawasannya landai dan betul-betul di hujung muara selain dipenuhi semak tapi sangat strategik memandangkan aktiviti penyeludupan aktif berlaku di sana.

“Sekiranya diluluskan, selain pemasangan radar, pejabat Maritim Pengkalan Kubor juga akan dibina di kawasan kira-kira 2.8 hektar itu bagi memudahkan urusan berkaitan,” katanya.

Sistem radar RSS di Pulau Tengkorak boleh pantau penyeludupan, pergerakan PATI di Sungai Golok – Maritim Malaysia

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

UMNO Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Cipta ‘Keluarbiasaan’ – Ahmad Zahid

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker