Rangka wanita ditemui di bawah lantai rumah oleh pemilik baru

Pasukan polis mengumpulkan rangka manusia yang ditemui ditanam di bawah lantai rumah tersebut. – KOMPAS.COM/ASIP HASANI

Rangka mayat seorang wanita yang ditemui di bawah lantai sebuah rumah di Jawa Timur, Indonesia dikenal pasti sebagai isteri kepada pemilik asal kediaman tersebut, lapor laman berita Kompas.

Fitri, 23, dilaporkan tinggal di rumah tersebut selama beberapa tahun sejak berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai SH.

Bagaimanapun, rumah itu dibeli abang ipar SH dua bulan lalu. Sugeng Riyadi, 46, menemui rangka itu ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah kelmarin.

Ketua kejiranan, Sunaryo berkata, penduduk tempatan mengesyaki bahawa rangka yang ditanam di bawah lantai itu sebagai Fitri yang sudah lama tidak kelihatan di rumah tersebut.



Menurut Sunaryo, Fitri dan SH sebelum ini pernah membuka kedai kopi di kampung sebelah. Tidak lama kemudian, penduduk mendengar khabar bahawa pasangan itu bercerai kerana lelaki lain.

Penduduk kampung menjelaskan bahawa rumah itu diwariskan oleh ibu bapa SH sebelum mereka meninggal dunia.

Polis menganggarkan bahawa rangka manusia itu ditanam di lokasi kejadian lebih setahun lalu. Siasatan kes tersebut masih dijalankan. – AGENSI

 



 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Mawar Rashid sah bercerai

Majlis perkahwinan mewah anak tunggal bos AirAsia Indonesia meriah



Kilafairy buat hal lagi

Tarian Dolla berpakaian seksi jadi kecaman netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker