Warga emas ditemukan rentung dalam kebakaran di Tuaran

TUARAN: Seorang lelaki warga emas rentung selepas dipercayai terperangkap di dalam rumahnya dalam insiden kebakaran di Kampung Tombongon, Kiulu, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.15 malam itu, mangsa Chung Pau San @ Joseph Chung, 80, yang merupakan orang kurang upaya (OKU) dikatakan tinggal seorang diri di rumah berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Daerah Tuaran, Abdul Qawie Abdul Gapar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam pada jam 11.29 malam.

Katanya, sebuah jentera dan kenderaan utiliti Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikerah ke lokasi kejadian bersama sepasukan 10 anggota dan pegawai.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 25 kilometer dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, keadaan rumah mangsa sudah terbakar sepenuhnya.

“Operasi pemadaman kebakaran segera dijalankan sebelum api berjaya dikawal dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 12.40 tengah malam,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdul Qawie berkata mangsa ditemui rentung di dalam rumah berkenaan sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Setakat ini punca sebenar kejadian kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

73 rumah atas air musnah kebakaran

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker