Keputusan Xavier manifestasi keyakinan terhadap PM – Hamzah

Perikatan Nasional (PN) mengalu-alukan pengumuman Datuk Dr Xavier Jayakumar yang menyokong pentadbiran kerajaan itu sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata parti itu percaya bahawa keputusan tersebut dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

“PN mengalu-alukan pengisytiharan terbuka Ahli Parlimen Kuala Langat yang juga mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas dan menyokong kerajaan PN.

“Dalam hal ini, PN menyifatkan sokongan beliau sebagai satu lagi manifestasi keyakinan terhadap kemampuan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam membantu rakyat terutama ketika menghadapi cabaran pandemik COVID-19,” katanya.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata, parti itu percaya bahawa keputusan tersebut dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan berkata, parti itu percaya bahawa keputusan tersebut dibuat bagi mengutamakan kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Semalam, Dr Xavier Jayakumar mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.

Menerusi satu kenyataan, beliau menyatakan rasa tersangat kecewa dengan beberapa perkara yang terjadi sejak tahun lepas.

MP Pembangkang, Xavier Jayakumar Hina Parlimen Atau YDPA?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker