Puluhan pegawai SPRM berada di Sabah, kata Ahli Parlimen Tuaran — MYKMU.NET

Puluhan pegawai SPRM berada di Sabah, kata Ahli Parlimen Tuaran



Sebaran :

KOTA KINABALU: Presiden Upko Wilfred Madius Tangau turut membuat dakwaan bahawa parti pemerintah Perikatan Nasional (PN) menggunakan institusi penting untuk memperkukuh majoriti tipisnya di Parlimen.

Sambil menyuarakan terkejut dengan tindakan naib presiden PKR Dr Xavier Jayakumar keluar parti, Ahli Parlimen Tuaran itu turut mendakwa “lebih 70 anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari Kuala Lumpur telah dikerahkan ke Sabah”.

“Saya rasa mereka juga mengadakan pertemuan dengan Ahli-ahli Parlimen. Itu saja yang saya tahu.



“Jadi memang ada tekanan terhadap Ahli Parlimen, lebih kurang apa dikatakan setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail hari ini,” katanya kepada FMT.

Disoal sama ada beliau dihampiri SPRM, beliau dengan bergurau menyifatkan dirinya ‘orang kampung’ yang tiada nilai.

Tangau, yang partinya Upko adalah sebahagian daripada pakatan pembangkang negeri Warisan Plus pada awal minggu ini menafikan beliau antara dua Ahli Parlimen Sabah yang mahu menyokong PN.



Terdahulu hari ini Saifuddin mendakwa seorang ‘menteri kanan’ telah menghubungi naib presidennya Dr Xavier Jayakumar dan mengarahkannya menyokong kerajaan PN atau berdepan akibat yang serius.

Katanya, Ahli Parlimen Kuala Langat itu telah memaklumkan pucuk pimpinan bahawa SPRM menyasarkannya untuk pelbagai siasatan termasuk melibatkan setiausaha politiknya, pembantu peribadi selain kenalan lain berkait kes yang sedang berjalan.

Saifuddin mendakwa pihak berkuasa digunakan oleh kerajaan PN untuk mengalihkan sokongan di Parlimen, seterusnya berkata lebih ramai dijangka akan melompat parti.



Dalam catatan di Facebooknya pagi tadi, Xavier mengumumkan peletakan jawatan serta-merta dari PKR dan berkata akan terus berkhidmat untuk penduduk di kawasan diwakilinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.

Peletakan jawatannya berlaku selepas dua lagi Ahli Parlimen, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau) turut keluar parti dan menyatakan sokongan untuk Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata, beliau tidak pastu kesahihan dakwaan Tangau kerana tidak dihampiri sesiapa dari SPRM.



“Namun jika benar institusi tertentu digunakan untuk meletakkan tekanan, memang tidak dapat dinafikan kemungkinan Adun turut disasarkan selain Ahli Parlimen,” katanya kepada FMT.


Sebaran :


Leave a Reply