Sivarasa dakwa Dr Xavier diberi tekanan untuk lompat parti

Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah mendakwa kerajaan menyalahgunakan agensi penguatkuasaan untuk melakukan penyiasatan terpilih bertujuan mengugut dan memberi tekanan kepada Ahli Parlimen pembangkang.

Beliau yang mendakwa tindakan itu dibuat untuk mendesak mereka melompat parti meminta kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghentikan perbuatan berkenaan.

Tegasnya, beliau kesal dan sedih dengan keputusan Ahli Parlimen Kuala Langat, Datuk Dr Xavier Jayakumar keluar daripada PKR dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bebas yang menyokong kerajaan PN.

“Adalah amat jelas, Datuk Dr Xavier Jayakumar tidak akan melakukan tindakan tersebut jika bukan kerana siasatan terpilih oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang berniat menakut-nakutkan beliau.

“Sehingga kini beberapa kenalan serta pegawai di kementerian beliau yang dahulu telah ditahan dan direman SPRM,” dakwanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.



Terdahulu hari ini, Dr Xavier mengumumkan peletakan jawatan sebagai Naib Presiden dan ahli PKR, parti yang dianggotainya sejak 1998.

Mengulas lanjut, Sivarasa berkata, Dr Xavier merupakan salah seorang pengasas PKR pada 1999.

“Semua sedia maklum akan sumbangan dan pengorbanan beliau yang sangat besar kepada parti,” tambahnya.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker