Leka ‘berseronok’ di pusat hiburan, 109 individu dikompaun berjumlah RM1.13 juta

 

JOHOR BAHRU: Seramai 109 individu termasuk pengunjung dan pengurus sebuah pusat hiburan dikenakan kompaun berjumlah RM1.13 juta kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam satu serbuan di Muar malam tadi.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua 81 lelaki dan 28 wanita, berusia 17 hingga 52 tahun itu ditahan kira-kira 10.45 malam ketika sedang leka berhibur di pusat hiburan berkenaan ketika serbuan.



Beliau berkata kesemua pengunjung warga tempatan itu dikompaun RM10,000 seorang kerana tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berada di dalam premis.

“Polis turut menahan seorang lelaki berusia 52 tahun yang mengaku sebagai pengurus premis pusat hiburan itu yang kemudiannya dikenakan kompaun RM50,000 kerana melanggar SOP yang telah ditetapkan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB),” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kompaun keseluruhan RM1.13 juta itu adalah jumlah kompaun terbesar dikeluarkan dalam satu serbuan di Malaysia setakat ini.

Guru rugi RM1.13 juta ditipu ‘pegawai polis’ sindiket Macau Scam



Beliau berkata kesemua tangkapan tidak direman manakala penjaga premis dan pekerja premis tersebut diambil keterangan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Muar.

Beliau berkata hasil saringan awal ujian air kencing yang dijalankan terhadap kesemua individu tersebut didapati negatif.

Semakan juga mendapati premis berkenaan telah dua kali diserbu, pada 26 Feb dan 10 Mac lepas serta telah dikenakan kompaun sebelum ini namun masih menjalankan perniagaan walaupun tidak mempunyai lesen hiburan.



Menurutnya turut dirampas dalam serbuan itu pelbagai peralatan sistem siar raya termasuk dua unit pembesar suara, dua unit amplifier, satu unit pemain cakera DVD, satu unit equalizer dan satu unit CPU.

“Kes turut disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat- tempat Hiburan 4/98 serta Seksyen 267 Kanun Keseksaan (kesalahan awam dan cuai yang mungkin boleh menyebabkan penyakit yang berbahaya kepada nyawa,” katanya.

Ahli perniagaan guna nama Ketua Polis Johor dicekup



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker