Azmin: ‘Saifuddin juara lompat’ – kenapa bisu kes rasuah tokoh PH?

 

Sekumpulan ahli parlimen yang berpihak kepada Menteri Kanan Mohamed Azmin Ali mempertikaikan dakwaan PKR bahawa Ahli Parlimen Kuala Langat Dr Xavier Jayakumar berpaling tadah kerana didakwa mendapat tekanan SPRM.

Kumpulan itu pada satu kenyataan bersama Azmin yang juga MP Gombak turut mempersoalkan tekad Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail untuk memerangi rasuah.



Tanpa menyebut nama kenyataan itu juga boleh dilihat menyasarkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

“Sekiranya Saifuddin jujur dan ikhlas tentang kedaulatan undang-undang dan perjuangan melawan rasuah, mengapa dia terus menerus diam membisu tentang kes rasuah yang melibatkan seorang tokoh ternama kepimpinan PH yang tiba-tiba digugurkan tatkala perbicaraan sedang berjalan lancar?

“Suatu yang amat mengecewakan dan menggusarkan SPRM dan masyarakat awam.

“Tuduhan bahawa PN menggunakan sogokan dan intimidasi untuk meraih sokongan ahli parlimen daripada Pakatan Harapan adalah tidak berasas sama sekali,” kata kenyataan itu hari ini.



Lim pada Sept 2018 dilepaskan daripada dua tuduhan rasuah berhubung pertukaran status tanah dan pembelian sebuah banglo bawah harga pasaran.

Pun begitu, dua tahun kemudian, Lim dikenakan empat pertuduhan berhubung projek terowong bawah tanah di Pulau Pinang. Perbicaraannya akan bermula Jun tahun ini.

Sebelum ini, Saifuddin mendakwa kerajaan PN sedang menarik sokongan ahli parlimen pembangkang menggunakan ugutan pihak berkuasa dan tawaran habuan.

Langkah Xavier menyokong PN menyusuli tindakan dua ahli parlimen PKR, Larry Sng (Julau) dan Steven Choong (Tebrau).



Mahathir Khianat Anwar dan Enggan Bersama PH – Saifuddin Nasution

 

Dari Umno ke PKR, masuk PAS kembali PKR



Untuk rekod, SPRM menangkap Timbalan Pengerusi PKR Perak MA Thinagaran, yang menurut Xavier merupakan “kenalan rapat keluarganya.”

SPRM juga membekukan akaun sebuah syarikat dan dua pengarahnya yang dikaitkan dengan tuduhan skandal rasuah bernilai RM77 juta.

Azmin dan kumpulannya hari ini juga membidas Saifuddin, berkata ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu MP itu “tidak memiliki kedudukan moral untuk menjuarai hujah berhubung melompat parti.”

“Beliau telah beberapa kali menjadi juara melompat dari Umno ke PKR, kemudian dari PKR ke PAS dan seterusnya, dari PAS kembali ke PKR.



“Berbanding dengan Dr Xavier yang merupakan naib presiden PKR yang terpilih, kedudukan Saifuddin dalam parti adalah lemah kerana hanya sebagai seorang yang dilantik.

“Saifuddin tidak mempunyai legitimasi dan keabsahan dan kita fahami dia bersuara bagi pihak (Presiden PKR) Anwar (Ibrahim) dalam situasi begini,” kata kumpulan MP itu lagi.

Mengenai tiga MP PKR yang melompat parti, Azmin dan kumpulan ahli parlimen itu berkata ketiga-tiga wakil rakyat itu telah sedar kerajaan PN bertanggungjawab dalam menangani wabak tersebut dengan “menyalurkan sejumlah RM320 bilion untuk kepentingan rakyat dan mencerdaskan ekonomi.”

Menurut Azmin dan kumpulan MP itu lagi, tindakan ahli parlimen PKR menyokong PN merupakan perkembangan progresif



“Keputusan mereka untuk meninggalkan PKR juga didorong oleh rasa kecewa yang mendalam terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang membawa amalan politik pecah-belah, nepotisme dan kronisme hingga menjerumuskan parti itu ke jurang kehancuran,” dakwa kumpulan itu.

Kata kenyataan itu lagi, “kepimpinan Anwar Ibrahim ditolak oleh sebahagian besar anggota partinya sendiri kerana PKR telah kehilangan idealisme dan tergelincir dari landasan perjuangan.”

“Ini sangat malang kerana kita tahu bahawa ada pemimpin dan anggota PKR yang berpegang teguh pada prinsip dan idealisme disisihkan dan bahkan menjadi mangsa kuasa di tangan presiden.

“Sepatutnya mereka perlu tabah dalam perjuangan untuk terus mencapai cita-cita murni, tetapi perakus dan pengkianat telah merampas agenda reformasi untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni mereka,” kata kumpulan itu.

Kenyataan itu ditandatangani Azmin, MP Ampang Zuraida Kamaruddin, MP Indera Mahkota Saifuddin Abdullah, MP Batu Pahat Rashid Hasnon, MP Bandar Tun Razak Kamaruddin Jaagar, MP Nibong Tebal Mansor Othman, MP Segamat Santhara Kumar, MP Saratok Ali Biju, MP Puncak Borneo Willie Mongin dan MP Ranau Jonathan Yasin.

Related Articles

One Comment

  1. siapa sokong muhyiddin & pn kesnya akan menjadi blur macam polis kata tak dapat teruskan siasatan & dakwaan kerana video semburit tak jelas(sebut ‘blur’) tentang ‘orang ke dua’ dalam video berkenaan

    kalau ramai bertanya nak tahu sangat kes rasuah melibatkan kawan rapat si xavier & sama ada si xavier terlibat juga dengan rasuah, SPRM boleh je guna naratif sama kata siasatan tak jelas untuk dakwa si xavier terlibat juga dengan rasuah

    percayalah kalau guan eng isytihar keluar dap jadi bebas sokong pn & muhyiddin, ketua SPRM akan kata dia tak terjekut kalau sebelum ini semasa ph jadi kerajaan ketua SPRM kata dia terjekut bila kes rasuah guan eng digugurkan

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker