Terlepas hukuman mati, Beh bersatu semula dengan keluarga di P Pinang

Beh Chew Boo, 38, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kira-kira 9.20 pagi tadi. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Beh Chew Boo, rakyat Malaysia yang terlepas dareipada hukuman gantung di Singapura, selamat tiba di kampung halamannya di Pulau Pinang hari ini dan bersatu kembali dengan keluarganya.

Beh, 38, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kira-kira 9.20 pagi dengan penerbangan TR426 Scoot.

Bapanya, Beh Ah Baa, 72, dan kakaknya Beh Siew Yee, 28, sabar menanti kepulangannya di balai ketibaan PIA sejak 9 pagi.

Bapa kepada empat anak itu mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Singapura kerana memberi anaknya peluang untuk mencari keadilan bagi membuktikan anaknya tidak bersalah.

Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada peguam Wong Siew Hong yang membantu Beh mengubah nasibnya serta jagaan dan penginapan yang diberikan.

Kerani wanita rugi RM112,000 diperdaya ‘pegawai Bank Negara’

“Daripada apa yang diberitahu peguamnya, peluang untuk memenangi kes ini adalah satu dalam sejuta,” katanya kepada Bernama ketika menunggu ketibaan anak lelakinya itu.

Beliau berharap keluarganya akan terus menjalani kehidupan yang bahagia dan tidak risau lagi selepas ini.

Difahamkan, Chew Boo perlu menjalani ujian calitan sebelum dibenarkan pulang ke rumah.

Chew Boo yang dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi menjelang sambutan Tahun Baru Cina tahun lepas, terselamat daripada hukuman gantung pada Oktober selepas panel tiga hakim Mahkamah Rayuan Singapura menerima rayuannya.

Pada 2 Mac lepas, panel hakim yang sama – Sundaresh Menon, Tay Yong Kwang dan Steven Chong – turut mengetepikan permohonan pihak pendakwa untuk mengenakan empat pertuduhan yang lebih ringan berkaitan dadah terhadap lelaki itu.

Panel hakim membuat keputusan 2-1 yang memihak kepada Chew Boo.

Isteri Guan Eng, Betty Chew akan didakwa pertuduhan AMLA Selasa ini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker