30 kambing, 50 ayam rentung kandang terbakar

KULIM: Lebih 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam rentung setelah kandang yang menempatkan haiwan itu di Kampung Permatang Durian, Padang Serai, dekat Kulim musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, itu turut mengakibatkan pasangan warga emas yang dipercayai pemilik kandang berkenaan masing-masing melecur ketika cuba menyelamatkan haiwan ternakan itu.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.52 pagi.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech yang diketuai Puat Ghazali tiba di lokasi tidak lama kemudian.
“Operasi disertai lapan anggota dan dua jentera dari Kulim Hi Tech dan dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan polis.
“Setibanya di lokasi didapati kebakaran membabitkan kandang kambing dan ayam kelas C dan musnah 90 peratus,” katanya ketika dihubungi hari ini.

30 ekor kambing rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar awal Rabu. - Foto ihsan JBPM

30 ekor kambing rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar awal Rabu. – Foto ihsan JBPM
Mohamadul Ehsan berkata, dalam kejadian itu terdapat pasangan warga emas dipercayai pemilik kandang berkenaan iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang melecur di bahagian tangan lima peratus dan wanita berusia 63 tahun melecur di bahu lima peratus.

Antara ayam yang rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar dalam kejadian pada awal Rabu. - Foto ihsan JBPM

Antara ayam yang rentung selepas kandang milik sepasang warga emas terbakar dalam kejadian pada awal Rabu. – Foto ihsan JBPM
Beliau berkata, dalam kejadian itu, 30 ekor kambing dan 50 ekor ayam ternakan dalam kandang itu turut terbakar.
“Kebakaran dapat dikawal jam 6.17 pagi dan setakat ini punca serta kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker