Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen

Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen. Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan komen netizen yang mengecam pemain badminton negara apabila mereka tewas di gelanggang.

Bekas jaguh badminton negara itu berkata, sebagai bekas rakan sepasukan, beliau turut ‘terasa’ dengan kecaman tersebut.

“Apa yang saya mahu katakan ialah saya kenal semua pemain ini. Mereka pergi ke gelanggang dengan satu sasaran, satu matlamat.



“Tiada atlet yang mahu kalah, tetapi itulah kenyataan, setiap perlawanan pasti ada satu (pihak) yang kalah, satu (pihak) yang menang,” katanya dalam satu status di laman Instagramnya pada Ahad.

Beliau menegaskan semua rakyat Malaysia sepatutnya memberi sokongan kepada pemain negara.

“Yang layan depan TV pun dah heart attack kecewa, apatah lagi pemain dalam gelanggang? Bukankah sepatutnya kita memberi sokongan kepada mereka?

“Tiada siapa yang mahu ke gelanggang untuk kalah. Pemain ini turut membawa kegembiraan kepada anda sebelum ini. Don’t mock and desert them when they lose a game,” ujarnya.



Pada Ahad, perjuangan beregu campuran Chan Peng Soon-Goh Liu Ying di Olimpik Tokyo terhenti apabila mereka tewas perlawanan kedua peringkat kumpulan kepada beregu Jerman, Mark Lamfuss-Isabel Herttrich.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)



Olimpik Tokyo: Chong Wei ‘terasa’ dengan kecaman netizen


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Che Ta kutuk baju kontinjen Olimpik Malaysia

 



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker