MIC seru ahli kempen calon Kerajaan Perpaduan

MIC seru ahli kempen calon Kerajaan Perpaduan

Presiden MIC SA Vigneswaran hari ini meminta semua jentera parti itu di seluruh negara supaya berkempen kepada calon-calon PH dalam Pilihan Raya Negeri (PRN)

Ia selepas keputusan awal parti itu sebelum ini bahawa hanya akan berkempen kepada calon BN dalam PRN di enam negeri.

“Saya meminta semua pemimpin MIC di seluruh negara bermula hari ini, turun berkempen kepada calon-calon PH.

“Memang sebelum ini kita mengambil keputusan untuk tidak berkempen kepada calon PH.

“Tetapi, sebagai tanda menghormati Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang hadir ke ibu pejabat MIC hari ini, saya nak semua ahli kita menyokong calon PH dalam PRN ini,” katanya dalam majlis mesyuarat khas PMX bersama ahli MIC di Kuala Lumpur, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden MIC M Saravanan.

Keputusan rasmi MIC sebelum ini ialah menyokong PH di peringkat pusat tetapi tidak akan berkempen untuk calon gabungan berkenaan dalam PRN.

Seperti MCA, MIC sebelum ini membuat ketetapan untuk tidak meletakkan sebarang calon di mana-mana kerusi dalam PRN di enam negeri bulan depan.

Bagaimanapun kedua-dua parti itu memberikan komitmen untuk membantu kempen calon BN.

Tindakan dua parti komponen BN itu dibuat selepas mendapati mereka diketepikan daripada rundingan pembahagian kerusi antara BN dan PH.

Susulan dakwaan rasa tidak puas hati MIC, semalam Anwar berkata akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin MIC.

Adalah difahamkan pertemuan itu berkaitan dengan dakwaan rasa tidak puas hati dan perpecahan dalam parti komponen BN.

Vigneswaran sebelum ini berkata, MIC dan MCA menarik diri daripada bertanding pada PRN 12 Ogos ini adalah kerana kedua-dua parti itu diketepikan dalam perbincangan rundingan kerusi antara BN – diketuai Umno – dan PH.

Ini telah membawa kepada perpecahan dalam MIC, dengan beberapa pemimpinnya kemudian berpaling tadah kepada PN. Mk

MIC seru ahli kempen calon Kerajaan Perpaduan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah mengamuk dengan netizen “bodoh”

“Kau ambil laki orang boleh pulak ” – Ira Kazar kena ‘bedil’ dengan netizen

David Teo berdoa agar Masya Masyitah mendapat hidayah

Ain Husniza Dah Jadi Siti Kasim Junior

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker