‘Kluster Kuasa’, ‘Kluster Broker’ bimbang UMNO sedang bangkit dengan kekuatan sendiri. – Zahid Hamidi
Hakikatnya tiada sebarang kluster dalam kepimpinan Umno. Apatah lagi, akar umbi Umno mahu supaya Umno terus berpadu tanpa sebarang perpecahan, biarpun perbezaan pendapat tetap diraikan.
Namun, tafsiran terdapat wujudnya pelbagai ‘kluster’ mengikut penganalisis politik tidak dapat dielakkan.
Mereka kata ‘Kluster Mahkamah’ sila berundur konon demi selamatkan UMNO.
Tetapi hairan rata-rata mereka ini penyokong ‘Kluster Kuasa’. Mereka yang anti-UMNO.
‘Kluster Cari Makan’ yang juga dikenali sebagai ‘Kluster Broker’ tambah garam.
Mujur ahli dan penyokong UMNO dapat hidu tipu muslihat kluster-kluster ini.
Golongan berkecuali atas pagar pun nampak agenda dua kluster ini. Inikan zaman media sosial.
Lagipun lebih 3 juta ahli dan penyokong UMNO tahu ‘Kluster Mahkamah’ inilah ‘last defend’ UMNO.
Mereka tahu sebab itu ‘Kluster Kuasa’ dan ‘Kluster Broker’ bersungguh-sungguh menghasut.
Berusaha meracuni fikiran mereka supaya menolak pemimpin ‘Kluster Mahkamah’.
‘Kluster Kuasa’, ‘Kluster Broker’ bimbang UMNO sedang bangkit dengan kekuatan sendiri.
‘Kluster Kuasa’ bimbang kuasa dalam genggaman terlepas.
‘Kluster Broker’ takut hilang jawatan dan kedudukan.
Allhamdulillah ahli dan penyokong UMNO faham apa yang dialami oleh ‘Kluster Mahkamah’.
Mereka tahu siapapun yang memimpin UMNO masa itu berpotensi ‘di-Kluster Mahkamah-kan’.
Zahid Hamidi
Presiden UMNO/Pengerusi BN Malaysia
UMNO akan bangkit pada PRU15 – Zahid Hamidi
You must be logged in to post a comment.