UMNO akan bangkit pada PRU15 – Zahid Hamidi

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjangkakan bahawa UMNO akan bangkit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan kembali berkuasa semula.

Beliau berkata, kejatuhan UMNO dalam PRU yang lepas tidak menghalang parti tersebut untuk bangun dan berjuang semula sebagai parti pembangkang.

“UMNO tahu suatu ketika ia pernah tewas angkara fitnah dan pembohongan.

“UMNO berusaha bangkit dan Insya-ALLAH kebangkitan UMNO sedang berlaku.

“UMNO bangkit dalam diam penuh hikmah. UMNO bangkit tanpa melukut di tepi gantang,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Ahad.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata, parti berkenaan mempunyai pendekatan baharu bagi menjamin kedudukan UMNO.

“UMNO bukan parti tidak sedar diri. UMNO bukan parti lemah. UMNO tahu apa yang sepatutnya UMNO tahu.

“Bertawakal pada Tuhan – UMNO tahu apa yang patut dilakukan. Pisang tidak berbuah dua kali,” katanya.

One thought on “UMNO akan bangkit pada PRU15 – Zahid Hamidi

  • January 25, 2021 at 08:52
    Permalink

    Umno akan bangkit pada pru15. betul. Tetapi bukan sebagai kerajaan, dan lebih malang akan kalah sekali lagi dengan lebih teruk daripada pru14 sekiranya Zahid dan pemimpin2 kluster mahkamah masih berpaut pada jawatan2 penting dalam umno dan sekiranya umno cuba berlagak hero mahu bertanding sendirian. Satu lagi syarat jika umno bermimpi menjadi sebahagian kerajaan pada pru15, ialah parti tersebut mesti bekerjasama dan bersifat tolak ansur dengan Bersatu dan Pas membentuk satu perikatan kokoh bertanding. Jika tidak, bukan sahaja Umno akan kecundang, kaum Melayu akan sekali lagi diperkotak katikkan oleh PH yang memerintah.

    Reply

Leave a Reply