Tok Mat nafi dipilih sebagai calon PM

SHAH ALAM – Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menafikan dakwaan bahawa beliau dipilih sebulat suara sebagai calon Perdana Menteri untuk Muafakat Nasional (MN) untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, dakwaan itu adalah berita palsu.

“Sila ambil maklum. Ini adalah berita palsu. Berita palsu ‘lebih cepat’ tersebar berbanding virus Covid-19.

“Berhati-hatilah,” katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasmi beliau, Tok Mat Hasan N9 pada Ahad.

Menerusi ciapan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan turut berkongsi pautan Instagram beliau yang memaparkan tangkap layar berita palsu tersebut.

Berdasarkan paparan itu, nama Tok Mat dikatakan telah disenaraikan sebagai calon Perdana Menteri bagi MN dan telah mendapat undian tertinggi berbanding calon-calon lain pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO baru-baru ini.

Bahaya kalau buat Pilihan Raya Umum ke-15 sekarang – Tun Mahathir

Related Articles

One Comment

  1. Tok Mat. Janganlah camtu. Apa salahnya dicalonkan sebagai bakal PM jika itu kehendak ahli2 Umno dan secara jujur rakyat memang mengharapkan Tok Mat dilantik oleh kerajaan PN sebagai Timbalan PM membantu Mahyuddin dan menyelesaikan kemelut dalam Umno. Sementelah Zahid sudah jadi sejarah, mahu tidak mahu Zahid kena melepaskan jawatan presiden Umno kerana terhambat dengan kes2 di mahkamah. Jika Umno mahu bangkit semula dan disokong oleh rakyat, Tok Mat kena berani mencabar Zahid jika dia masih berdegi l untuk berpaut pada jawatan presiden itu.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker