Bahaya kalau buat Pilihan Raya Umum ke-15 sekarang – Tun Mahathir

KUALA LUMPUR: Keputusan membuat pilihan raya umum (PRU) dalam tempoh penularan gelombang ketiga pandemik COVID-19 ketika ini merupakan satu perkara yang merbahaya, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, seharusnya kerajaan ketika kini mengambil pengajaran yang sewajarnya terhadap kesan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke atas seluruh negara.

Dalam masa sama, Dr Mahathir berpandangan, adalah lebih baik sekiranya kerajaan dan semua pihak bersabar dahulu sementara menanti vaksin yang benar-benar berkesan untuk rakyat.

“Kita sudah lihat apa berlaku di Sabah apabila diadakan Pilihan Raya Negeri.. dulu sebelum ada pilihan raya itu, jumlah kes baharu di Malaysia ini sudah turun sehingga angka satu sahaja.
Tetapi apabila kita pergi ke Sabah, kita adakan perjumpaan, kempen, macam-macam lagi… angka satu itu sudah meningkat kepada 1,200.

Tun M beri bayangan kembali bertanding PRU15

“Ini menunjukkan bahawa pilihan raya adalah satu perkara yang amat merbahaya pada waktu ini. Sebab itu kita perlu tunggu sekejap supaya kita dapat… umpamanya vaksin yang berkesan yang baik dan kita dapat kurangkan jangkitan ini,” katanya dalam program khas Eksklusif Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad terbitan Astro AWANI pada Rabu malam.

Dalam satu kenyataan bersama semalam, 20 anggota pentadbiran kerajaan dari Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam melaksanakan pelan pemulihan ekonomi dan kesihatan rakyat.

Bagaimanapun mereka berpendapat, PRU15 perlu diadakan secepat mungkin sebaik sahaja keadaan kesihatan awam mengizinkan untuk memperoleh mandat rakyat yang jelas bagi memastikan kestabilan kerajaan yang lebih jitu.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata, soal kesihatan dan nyawa rakyat perlu diberi pertimbangan dan keutamaan oleh kerajaan masa kini, sebelum membuat sebarang langkah untuk mengadakan pilihan raya.

“Dan kita ambil berat tentang nyawa manusia. Janganlah kita utamakan politik sehingga tak peduli sama ada orang akan terbunuh atau pun tidak. Jadi sebab itu kita ambil kira bukan sahaja masa, kita juga perlu mengambil kira kesan terhadap kesihatan rakyat Malaysia,” katanya lagi.

Zahid beri bayangan PRU15 dalam masa terdekat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker