Zahid beri bayangan PRU15 dalam masa terdekat

Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU) dijangka berlaku dalam tempoh terdekat, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kerana katanya, ia perlu dibuat bagi mengelakkan pelbagai tuduhan terus dilemparkan oleh pembangkang terhadap kerajaan yang memerintah pada hari ini.

“Untuk mengelakkan tuduhan terus dilakukan oleh mereka (pembangkang) maka kerajaan sekarang ini mesti mengembalikan hak memilih kerajaan dan kuasa rakyat mesti dikembalikan agar rakyat memilih semula.

“Maka untuk mengembalikan mandat itu jangkaan saya PRU15 akan diadakan dalam waktu terdekat.

“Insyaallah semangat Perikatan Nasional dan Muafakat Nasional apabila kuasa rakyat diperolehi semula dengan tidak bersifat riak apatah lagi takabur kerajaan yang dibentuk selepas keputusan PRU ke-15 bahawa majoriti besar pengundi-pengundi akan memberi mandat baru kepada kerajaan untuk teruskan pemerintahan ini,” katanya sambil mendapat sorakan yang gemuruh.

Beliau demikian ketika berceramah pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Slim) di Dewan Taman Permai, Pekan Lama, Trolak di sini malam tadi.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Datuk Nik Zawawi Salleh dan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen.

Menurut Zahid lagi, kerajaan yang ada pada hari ini tidak mempunyai pilihan selain menyegerakan untuk rakyat menggunakan kuasa memilih tampuk pemerintahan yang dimahukan.

Langkah itu katanya, dapat merungkai tuduhan pihak-pihak tertentu yang mengatakan kerajaan baharu ini wujud akibat “tebuk atap” dan “pintu belakang”. – MalaysiaGazette

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker