Beritahu Zafrul jika tak puas hati, bukan saya, Guan Eng beritahu Zuraida

Bekas menteri kewangan Lim Guan Eng menggesa Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin supaya memaklumkan rasa tidak puas hatinya berhubung senarai 101 projek rundingan terus di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) kepada Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz.

“Ia adalah senarai Zafrul. Jika tidak puas hati, beliau harus maklumkan kepadanya (Zafrul), bukan saya,” katanya pada sidang media di ibu pejabat DAP di sini, hari ini.

Zuraida sebelum ini berkata, 2 projek rundingan terus di bawah kementerian beliau semasa pemerintahan PH dibuat tanpa pengetahunnya.

Ahli Parlimen Ampang itu bagaimanapun berkata, kementeriannya akan menyiasat perkara itu yang didedahkan oleh Zafrul semalam. FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker