ANAK GADIS DIKECAM LAGI GARA-GARA PAKAIAN SEKSI – INI RESPON AZHAR SULAIMAN

“Jadi hari ini Leona kena kecam lagi termasuklah Mami (Azhar) juga kena hentam sebab tak pandai didik Leona untuk jadi Islamik. You ada anak? Lepas satu, satu lagi isu… Hari itu (isu) tidak boleh cakap Melayu harian dan asyik cakap Inggeris. Lepas itu sibuk belajar cakap Kelantan… Sekarang pasal pakaian seksi pula.

“Leona tolong cari klinik yang buat pembedahan mengecilkan payudara… Ayah akan bayar semua kos itu. Bila kop** kecil, ayah yakin (Leona) tidak boleh pakai baju-baju seksi lagi,” demikian respon pelakon Azhar Sulaiman apabila anak gadisnya, Kasih Iris Leona, 19, sekali lagi menjadi perhatian gara-gara foto terbaharu yang dimuat naiknya terlalu seksi.

Sebagai seorang bapa, Azhar, 50, turut dihentam netizen kerana dianggap tidak pandai mendidik anaknya menjadi seorang muslimah yang baik.



Leona dikecam selepas memuat naik satu gambar di laman sosialnya baru-baru ini yang kelihatan terlalu seksi lebih-lebih di bahagian dada ketika berposing dengan rambut baru yang kini berwarna rambut merah jambu-jingga pula.

Rata-rata netizen menasihatkannya supaya menutup aurat. Kata netizen kecantikan tidak akan kekal selamanya kecuali iman dan taqwa. Dalam pada itu, ada segelintir mempersoalkan sama ada ibu bapanya tidak menegur penampilannya itu serta menyifatkan cara pemakaian mengalahkan orang bukan Islam.



Sementara itu, ada yang menitipkan nasihat tidak salah untuk menegur tapi tidak perlu sampai menghina dan hanya doa yang baik-baik sahaja untuk mereka.

Susulan kecaman itu, Azhar secara bergurau menyarankan anak bongsunya itu melakukan pembedahan mengecilkan payudara selain kos akan ditanggung sepenuhnya oleh pelakon tersebut.

Selain Leona, Azhar turut mempunyai dua orang anak lagi iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan Andika Rees Pahamin, 19, yang merupakan kembar kepada Leona.

LEONA DIKECAM, KAKAK TAMPIL BERSUARA: “SHUT THE F**K UP ABOUT MY SISTER”



Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker