ALISYA NAJWA SELAMAT DIIJABKABULKAN



Sebaran :

Penari terkenal iaitu Alam Wakaka, 35, dan pilihan hatinya, Nurul Alisya Najwa, 20 telah pun selamat diijabkabulkan sebagai suami-isteri pada 7 Mac 2021.

Menerusi entri di akaun Instagram, Alisya telah berkongsi momen saat selepas diijabkabulkan bersama pengikutnya. Malah, pasangan ini kelihatan sangat secocok mengenakan busana nikah yang serba putih.

“SUAMI SAYA,” tulis Alisya ringkas. – “INI ISTERI SAYA,” kata Alam pula.



Melihat pada ruangan, rata-rata rakan selebriti serta peminat telah menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan mahligai cinta pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.Terdahulu, Alam telah mengikat tali pertunangan bersama gadis berusia 20 tahun itu pada Ogos lalu. Tahniah kami ucapkan kepada Alam dan isteri. Semoga ikatan perkahwinan ini kekal hingga ke akhir hayat.


Sebaran :


Leave a Reply