Polis berjaya menahan remaja yang terlibat dalam pelacuran kanak-kanak

Pihak berkuasa memberkas seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana terlibat dalam sindiket pelacuran kanak-kanak di pusat bandar Bangkok, lapor laman berita Thaiger semalam.

Suspek didakwa mengumpan budak lelaki dan perempuan untuk menawarkan khidmat seks secara berkumpulan.

Sepasukan anggota polis berjaya memberkas suspek di sebuah hotel di daerah Phranakorn, Bangkok, bersama  tiga individu lelaki yang lain.

Polis menerima maklumat bahawa suspek menawarkan khidmat pelacuran kanak-kanak bawah umur secara rahsia. Ia melibatkan remaja berumur bawah 18 tahun di hotel berkenaan.

Pemberi maklumat berkenaan berpura-pura mahu melanggan khidmat tersebut yang ditempah menerusi laman Facebook. Mereka mencapai persetujuan untuk membayar 700 baht (RM92) untuk setiap orang selain bayaran tambahan 1,500 baht (RM197.50) untuk mengatur remaja-remaja yang memberi khidmat berkenaan.

Ketika tiba di hotel berkenaan dengan diiringi beberapa pegawai polis yang memantau kawasan tersebut, mereka mendapati terdapat empat remaja bawah umur berusia antara 14 hingga 19 tahun terlibat dalam aktiviti seks berkumpulan bersama suspek.

Kesemua mereka kemudian ditahan untuk disoal siasat.

Suspek didapati pernah berhadapan dengan beberapa dakwaan pemerdagangan manusia pada masa lalu. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker