PAS Perak masih mengharap kerjasama dengan UMNO

IPOH – Pas Perak percaya masih mengharap untuk parti itu bekerjasama dengan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) walaupun UMNO negeri sudah memuktamadkan tiada kerjasama antara dua parti itu baru-baru ini.

Setiausaha Pas Perak, Mohd. Akmal Kamarudin berkata, ini kerana parti itu konsisten mahukan kerjasama dengan mana-mana pihak ke arah memakmurkan negara dan kestabilan politik.

Mohd. Akmal menandatangani buku lawatan pada Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di Ipoh hari ini. – Foto LIYANA RAMLI

Menurutnya, bagi Pas, kestabilan politik dapat dicapai apabila parti-parti Melayu Islam bersatu.



“Selagi belum pilihan raya, saya percaya masih lagi ada ruang untuk perbincangan tersebut (kerjasama dengan UMNO). Pas konsisten tetap mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak yang mempunyai agenda untuk memakmurkan negara ini yang disebut sebagai perpaduan ummah ke arah kestabilan politik.

“Bagi Pas, kestabilan politik apabila parti-parti Melayu Islam ini bersatu, ini akan melahirkan kestabilan politik. Apabila stabil politik, maka ia akan stabil yang lain-lain termasuk ekonomi.

“Bagi kita, perlulah kepada perbincangan antara parti-parti untuk meneruskan penyatuan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan Keselamatan Makanan Sedunia 2022 Peringkat Negeri Perak di sini hari ini.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Arab Saudi Perkenalkan Robot Yang Mampu Sampaikan Khutbah Daripada Imam Dan Muazin



Majlis Peguam ‘kurang ajar’ – Zaid

Melur Untuk Firdaus kembali untuk musim ke-2, netizen tak setuju



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker