Jerman bantah gencatan senjata di Gaza

Olaf Scholz berkeras mahu Hamas dihapuskan

Jerman bantah gencatan senjata di Gaza

FRANKFURT: Canselor Jerman, Olaf Scholz menentang gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza, biarpun terdapat gesaan global mendesak konflik Palestin-Israel dihentikan.

Israel berterusan menggempur Gaza dan menghantar tentera dalam usaha memusnahkan kumpulan pejuang terbabit, sekali gus mencetuskan krisis kemanusiaan yang semakin meruncing.



Bercakap pada sesi perbahasan anjuran akhbar harian serantau Jerman Heilbronner Stimme, Olaf menyifatkan, gesaan gencatan senjata segera atau penangguhan kemanusiaan bukan tindakan tepat.

“Ini (gencatan senjata) bermakna Israel akhirnya memberi Hamas kemungkinan untuk pulih dan mendapatkan peluru berpandu baharu,” katanya.

Pendirian Olaf itu bercanggah dengan pandangan banyak negara Arab; Presiden Perancis, Emmanuel Macron dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, yang dijadual bertemu pemimpin Jerman itu di Berlin, minggu depan.

Serangan Hamas pada 7 Oktober membunuh 1,200 individu dalam wilayah Israel dan 42 tentera Israel maut selepas memulakan operasi darat di dalam Semenanjung Gaza.



Tentera Israel menganggarkan 240 tebusan dalam tahanan Hamas.

Bedilan Israel ke atas kemudahan di Semenanjung Gaza pula sudah membunuh 11,180 orang, kebanyakannya orang awam, menurut Kementerian Kesihatan yang dikendalikan Hamas. BH

Jerman bantah gencatan senjata di Gaza

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Mas Idayu nak pengsan tengok persembahan Shila Amzah dengan Syahir

Cek Mek Molek Aliff Aziz paling lengkap



Siti Nordiana gagal bawa watak ‘nakal’ Britney

Ramli MS terkejut Aliff Aziz ada jiwa ‘leman’



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker