BKKM pantau isu pengesanan karsinogen dalam biskut Hup Seng

Sebaran :

BKKM pantau isu pengesanan karsinogen dalam biskut Hup Seng

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menjalankan verifikasi di premis terlibat bagi melakukan pemantauan susulan isu pengesanan karsinogen pada jenama biskut Hup Seng yang dilaporkan di Hong Kong.

Ia susulan laporan Choice Magazine di dalam web Persatuan Pengguna Hong Kong berkaitan pemantauan 60 jenama produk konfeksi tepung termasuk biskut yang dijual di pasaran Hong Kong, dengan antara jenama tersenarai ialah biskut Hup Seng, Jacobs dan Julie’s yang dikilangkan di Malaysia.

BKKM dalam maklum balasnya menjelaskan, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati premis kilang tersebut adalah pemegang sijil Sistem Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) KKM.



“Acrylamide dan glycidol merupakan bahan pencemaran yang boleh terhasil semasa pemprosesan bahan makanan, namun bahan tersebut boleh dikawal melalui pemilihan bahan mentah dan proses bersesuaian.

“Premis pengeluaran makanan di Malaysia wajib melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) seperti Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI), Amalan Pengilangan Baik (GMP), HACCP dan lain-lain sebagaimana ditetapkan oleh Peraturan 9, Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya di sini hari ini.

Menurut maklum balas tersebut, pelaksanaan PJKM dapat mengenal pasti risiko bahaya seterusnya mengurangkan atau menyingkirkan pencemaran makanan sekali gus menjadi tanggungjawab pihak industri untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah selamat. Utusan

BKKM pantau isu pengesanan karsinogen dalam biskut Hup Seng




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat


Sebaran :

Leave a Reply