Konflik Dalam PAS: Kewujudan Dua Kumpulan, ‘Ustaz’ Vs ‘Publika’?

ALOR SETAR: Pas menafikan dakwaan kononnya muncul dua kumpulan dalam parti itu hingga menyebabkan berlaku perpecahan dalam kalangan kepimpinan parti ketika ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, beliau sendiri tidak tahu bagaimana namanya turut terpalit dalam salah satu daripada dua kumpulan tersebut seperti yang berlegar di media sosial ketika ini.

“Dikatakan ada dua kumpulan iaitu kumpulan ‘Ustaz’ dan kumpulan ‘Publika’.



“Saya pun tak tahu bagaimana boleh timbul dakwaan kononnya saya merupakan salah seorang daripada ‘geng’ Publika itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menerima suntikan vaksin Covid-19, Pfizer-BioNTech di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Ketika ini tersebar poster yang mendakwa munculnya dua kumpulan dalam Pas dengan kumpulan Ustaz yang cenderung kepada UMNO diketuai Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali.

Benarkah wujud Gerakan ‘Dalaman’ singkirkan Presiden PAS?



Turut serta dalam kumpulan itu ialan Ahli Jawatankuasa Ulama Pas, Pusat Ahmad Dusuki Abd. Rani, Pengerusi Lajnah Dakwah, Nasrudin Hassan serta Timbalan Pengerusi Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan, Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Manakala kumpulan Publika pula yang condong kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dikatakan diketuai Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dengan turut disertai Sanusi dan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar.

Ditanya sama ada dakwaan tersebut merupakan tindakan pihak tertentu yang cuba memecah belahkan Pas, Muhammad Sanusi berkata cubaan untuk memecah belahkan parti itu bukan baru berlaku sehari dua sebaliknya telah diusahakan oleh banyak pihak sejak mula ditubuhkan pada 1951.



“Alhamdulillah, hingga ke hari ini, Pas masih utuh. Muafakat antara semua kepimpinan dan ahli parti tetap kuat.

“Saya tak nampak ada sebarnag tanda-tanda perpecahan hingga membentuk dua puak dalam parti,” katanya. – UTUSAN ONLINE

‘Isu kerusi PRU sahaja, Pas yakin satu lawan satu’



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker