Lelaki maut kereta hilang kawalan, terbabas langgar lori



Sebaran :

TANJUNG MALIM – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya hilang kawalan dan terbabas sebelum melanggar sebuah lori di Kilometer 390, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.53 petang itu, mangsa berusia awal 50-an yang memandu kereta jenis BMW parah dan maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, kemalangan berlaku membabitkan kereta dipandu mangsa dan sebuah lori tiga tan dinaiki dua lelaki.



Katanya, nahas berlaku apabila kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing sebelum melanggar sebuah lori yang berada di hadapan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta BMW meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu lori dan kelindan masing-masing berusia 44 dan 46 tahun tidak cedera.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE




Sebaran :


Leave a Reply