Kepada Bakal Ibu Baru Maryam, Ini Pesan Mawar: “Jangan Panggil Mummy Atau Mama”

Baru-baru ini, bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu usahawan tudung, Mawar Abdul Karim telah memuat naik satu status di Insta Story miliknya dan telah menarik perhatian.

Menerusi ruangan Ask Me Question, Mawar menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui perasaannya sekiranya bekas suami berkahwin buat kali kedua: “Cikyam (Maryam) marah daddy dia kahwin lain. Kak Mawar pula?” tanya individu tersebut.

Menjawab pertanyaan tersebut, Mawar berkata dia pasti berasa gembira sekiranya bekas suaminya bertemu jodoh baharu. Akui serba kekurangan, Mawar, 32, mendoakan agar Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar bertemu dengan jodoh yang sesuai serta sempurna selain berharap apa yang terjadi antara mereka sebelum ini tidak diungkit semula.



“Untuk Maryam, kak Mawar tak pernah tanya sebab dia belum faham. Bagi kak Mawar pula, tak marah sebab kalau bapa Maryam nak kahwin… lagi gembira dan cepat-cepat kahwin lagi bagus.

Image_2.jpg

“Kita sokong semoga bapa Maryam bertemu jodoh yang sesuai dan sangat sempurna. Kak Mawar tak sempurna serba kekurangan, kak Mawar sentiasa mendoakan yang terbaik untuk semua.

“Bagi kak Mawar dan bapa Maryam, benda yang lepas tidak perlu dikenang. Masing-masing ada kehidupan sendiri. Tidak perlu menjaja benda yang lepas, biar orang nilai diri kita sendiri,” katanya.



Dalam pada itu, Mawar sempat memberi pesanan kepada mana-mana wanita yang bakal berkahwin dengan Fizo agar tidak membahasakan diri dengan panggilan istimewa antara anak dan ibu dengan Maryam.

Image_3.jpg

“Kepada sesiapa pun bakal ibu baru Maryam, yang pasti jangan panggil mummy atau mama sebab panggilan itu khas buat kak Mawar. Bukan apa dik, biarlah panggilan itu buat anakanda Maryam seorang. Sebab Maryam sangat istimewa buat saya. Panggilan pun sangat bermakna buat kita,” ujarnya.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Fizo pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Wan Maryam yang kini berusia empat tahun.



Ikatan perkahwinan selama enam tahun pasangan itu terlerai apabila Fizo melafazkan talak satu terhadap Mawar pada 10 Julai 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi.

Mawar Karim: “Mungkin Ini Masa Sulit Saya & Keluarga, Berharap Yang Terbaik”



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker