Mawar Karim: “Mungkin Ini Masa Sulit Saya & Keluarga, Berharap Yang Terbaik”

Bekas isteri kepada pelakon dan pengacara Fizo Omar iaitu Mawar Karim menerusi laman Instagram miliknya baru-baru ini telah memuat naik posting curhat Covid-19.

Melihat perkongsian tersebut, Mawar mengharapkan yang terbaik untuk diri dan anaknya, Wan Maryam, 4, dalam melawan jangkitan Covid-19 yang mereka hadapi.

Menurut Mawar atau penuhnya Mawar Abdul Karim, dia perlu kuat dalam melawan wabak tersebut untuk sihat seperti sedia kala.



“Mungkin ini masa sulit yang dihadapi oleh keluarga saya. Berharap yang terbaik, kesakitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan.

Klik untuk gambar besar

“Terima kasih yg tak terhingga kepada kalian semua yg berdoa / memberi kata semangat kepada Double M.



“Mawar & Maryam InsyaAllah bertambah sihat. Menghadapi masa pandemic ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yang berlaku pasti ada hikmah,” katanya.

Dalam masam sama, Mawar turut mengucapkan terima kasih kepada frontliners yang banyak membantu selama dia dirawat di hospital.

“Kepada semua Frontliner Terima kasih yang tak terhingga sanggup mengambil risiko, bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat.



“Maaf jika saya tidak sempat membalas message / DM doa kalian. Saya amat hargai #covid #covidfighters #covid19 #kitajagakita #socialdistancing,” tulisnya.

Untuk info, Mawar dan anak perempuanya itu disahkan positif Covid-19 pada 3 Januari lalu dan kini sedang menjalani rawatan dan kuarantin di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Bekas Isteri, Anak Sah Positif, Fizo Pula Dedah Keputusan Saringan Dirinya Pula Serta Keadaan Terkini Mereka



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker