Tuduhan Seksual Terhadap Anwar Punca Azmin Berpaling Tadah Tidak Releven – Pengundi Gombak

 

 

Dakwaan seks membabitkan Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan oleh Mohamed Azmin Ali sebagai pembelaan berhubung saman atas pelanggaran tugas terhadap pengundi Gombak, menurut butiran pemfailan mahkamah.



Dalam keterangan bagi menjawab pernyataan pembelaan Azmin, 10 pengundi Gombak yang mengemukakan saman berkenaan berkata dakwaan yang dibuat terhadap menteri kanan itu berkata adalah tidak relevan.

“Berhubung dengan perenggan ke-12 hingga ke-20 mengenai Anwar dan perkara-perkara yang dinyatakan di situ adalah tidak relevan.

“Plaintif-plaintif menegaskan bahawa dakwaan-dakwaan terhadap Anwar bukannya pembelaan kepada tuntutan untuk penipuan dan pelanggaran tugas fisiduari.

“Defendan mempunyai cara-cara yang lain dalam struktur dalaman PKR untuk membangkitkan aduannya terhadap Anwar.



“Ia juga bukan jawapan kepada mengapakah defendan menyebabkan kejatuhan kerajaan persekutuan terdahulu dan tindakan defendan yang berpakat dengan individu-individu dari BN yang dituduh dengan kredibel yang terlibat dalam kegiatan rasuah (antaranya adalah individu yang defendan secara terbukanya mengutuk yang terkandung dalam representasi-representasi tersebut) untuk membentukkan kerajaan baru persekutuan.

 

Mahathir dalangi kejatuhan PBS, kini terima padah PH runtuh



“Dalam apa jua keadaan, dakwaan-dakwaan tersebut adalah mengaibkan dan adalah penyalahgunaan proses mahkamah,” jelas pengundi Gombak tersebut.

Sepuluh plaintif tersebut berkata demikian bagi membalas pertanyaan pembelaan anggota parlimen Gombak Azmin, yang merujuk dakwaan seksual Anwar menyebabkan dia hilang kepercayaan terhadap PKR dan berpaling tadah kepada Bersatu.

Menerusi pemfailan mahkamah yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 26 Feb lalu, 10 pengundi itu turut mengulangi bahawa kejadian Langkah Sheraton yang membabitkan Azmin tidak memberi faedah kepada kawasan parlimen berkenaan.

“Plaintif-plaintif menegaskan bahawa defendan meninggalkan PKR dan mengaturkan atau terlibat dalam Langkah Sheraton untuk keuntungan diri sendirinya dan kemajuan politik dan bukannya untuk kebaikan konsituen-konstiuennya.



“Defendan kemudian menyertai kerajaan persekutuan yang baru,” jelas plaintif.

Pada Feb 2020 Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin membawa keluar partinya dari gabungan PH. Dia kemudian disertai oleh sekumpulan anggota parlimen PKR yang berpaling tadah dari parti, yang diketuai Azmin.

Kini – bersama pembangkang pada kerajaan terdahulu – mereka bergabung dan membentuk Perikatan Nasional (PN). Muhyiddin diangkat sebagai perdana menteri.

 



Desas-desus lebih banyak keluar parti selepas wakil rakyat berpaling daripada Warisan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker