Surendran dan Latheefa ‘meroyan’, Saifuddin tak mahu layan

Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata dia tidak akan melayan kritikan dua bekas ahli PKR N Surendran dan Latheefa Koya berkaitan pindaan perlembagaan kewarganegaraan.

“Mereka boleh bising di luar tapi tak mampu padam rekod saya buat keputusan atas permohonan warganegara hampir 14,000 dalam setahun.

“Saya tak akan bertembung dengan mereka. Mereka boleh serang saya dan saya pula akan terus bekerja kuat selesaikan masalah kewarganegaraan.

“Dari anak angkat, anak tak sah taraf, anak terdampar, anak lahir luar negara, ini keutamaan saya. Saya tidak akan terkalih dengan serangan dan kecaman Surendran dan Latheefa,” katanya kepada Malaysiakini.

Surendran merupakan bekas ahli parlimen Padang Serai yang meninggalkan PKR pada Feb tahun ini dan mendakwa parti itu tidak lagi mewakili semangat reformasi dan pembaharuan.

Sementara itu Latheefa bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semasa era pentadbiran PH pada 2018.

Kedua-duanya peguam ini mengkritik cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) membuat pindaan perlembagaan kewarganegaraan.

Pindaan itu kini berada pada fasa terakhir akan melibatkan sesi libat urus ahli parlimen pada Isnin ini.

Semalam, Saifuddin berkata mesyuarat jemaah menteri menyokong tujuh daripada lapan pindaan yang dicadangkan oleh KDN.

Namun, katanya kabinet bersetuju membatalkan syor KDN untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berkenaan hak memberikan kewarganegaraan kepada bayi terbuang yang dijumpai.

KDN sebelum ini mencadangkan memansuhkan Seksyen 19B Bahagian III Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 1(e) bahagian yang sama dalam jadual yang sama.

Sebelum ini Surendran berkata alasan Saifuddin untuk menghapuskan kerakyatan automatik bagi kanak-kanak yang dilahirkan oleh pemastautin tetap (PR) dalam cadangan pindaan perlembagaan adalah tidak betul.

Sementara itu, Latheefa pula membidas KDN kerana mendakwa mengeluarkan “naratif palsu” mengenai isu kewarganegaraan automatik.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bekas isteri Safee Sali dedah cerita sebenar

Mia Khalifa gaduh dengan Makcik Israel

Saya dah pindah ke Mongolia – Abby Abadi

Farhash rakan perniagaan Sultan Muhammad V

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker