[VIDEO] “Banyak Babak Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri Ditapis, Dari Genre Seram Dah Jadi Naskah Air Mata”



Sebaran :

Pengarah drama Aku Yang Kau Gelar Isteri yang kini bersiaran di saluran TV3, Suhaimi Lua meluahkan perasaan kesal kerana banyak babak penting drama tersebut telah dipotong kerana dianggap tidak sesuai untuk ditonton umum.

Suhaimi LuaSumber : Google  

Kata Suhaimi, tindakan Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis beberapa babak drama tersebut telah mencacatkan perjalanan drama yang sepatutnya mengetengahkan genre seram.

Tambah pengarah terkenal ini lagi, Aku Yang Kau Gelar Isteri sebenarnya sebuah drama seram dan babak berkenaan membuatkan cerita tersebut menjadi lagi menakutkan.

“Macam babak dalam episod lima yang ditayangkan semalam, saya dapat tahu scene Cik Embun lakonan Lana Nodin nak cucuk susuk di kemaluan Laila (Sharifah Sakinah) tidak disiarkan.. babak ini penting untuk menimbulkan tanda tanya kenapa watak Ezlan (Adi Putra) tergila-gilakan dia. Banyak lagi babak dipotong seperti babak santau, muntah darah serta keluar rambut daripada mulut. Semuanya memang menyeramkan dan menakutkan tapi penting dalam drama tersebut.”



Perasaan sedih dan kecewa yang dirasai Suhaimi turut membuatkan dirinya terfikir untuk berhenti mengarah drama lagi di masa depan.

Jelasnya lagi, ketika perjumpaan bersama LPF, pihak berkenaan meminta hanya 30 peratus babak seram untuk disertakan dalam drama tersebut namun jika sudah dipotong semua, ianya sudah bertukar menjadi drama air mata.

Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri kini bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam sejak 17 Februari lalu menerusi slot Samarinda TV3. Ianya dibintangi pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Nadia Brian, Sharifah Sakinah, Lana Nodin dan Atiq Azman.

“Pada saya, apabila beberapa babak seram itu dipotong, tindakan sebegitu boleh menyebabkan penonton tidak memahami jalan cerita dan menimbulkan tanda tanya.

“Contohnya pada malam tadi, adegan muntah berdarah oleh pelakon Nadia Brian juga dipotong sepenuhnya dan sedikit sebanyak mengganggu jalan cerita drama itu,” ujarnya.

Menurut Shuhaimi, ketika berbincang dengan pihak stesen iaitu TV3, kandungan adegan-adegan tersebut telah dibincangkan sekali gus memberikan keyakinan kepada pihak produksi bahawa stesen televisyen telah memberi kelulusan sepenuhnya untuk siaran.

SHUHAIMI LUA ABDULLAH

“Tiba-tiba saya dimaklumkan terdapat adegan yang perlu dipotong sepenuhnya. Bagi saya, apabila bercakap tentang drama seram, perlu ada adegan menyeramkan.

“Kalau tidak, genre cerita itu akan berubah menjadi drama air mata!,” kata Shuhaimi.

Bagaimanapun, Shuhaimi berkata adegan yang dipotong tersebut boleh ditonton secara penuh menerusi portal penstriman iQiyi Malaysia.

Sementara itu, salah seorang pelakonnya, Nadia Brian juga berasa terkilan kerana beberapa babak penting yang sepatutnya menjadi penguat jalan cerita dipotong.

“Babak saya ketika terkena buatan orang sehingga mengeluarkan benang dari mulut pun dipotong.

“Pelik juga kenapa babak yang penting sebegitu dipotong oleh stesen televisyen. Risau juga terganggu jalan ceritanya, takut penonton tak faham,” katanya.

BABAK Raihana lakonan Nadia Brian muntah darah dan menarik keluar benang dari mulutnya juga antara yang dipotong daripada siaran televisyen.

Suara Nadia jadi ‘abang-abang’

Jelas pelakon yang membawa watak Raihana itu, babak dia menarik benang dari dalam mulut antara adegan yang paling sukar dilakukan.

“Susah nak buat babak tersebut tetapi tak mengapalah, mungkin mereka ada alasan tersendiri. Semasa mula-mula baca skrip, bulu roma saya meremang.

“Tahniah kepada pasukan produksi kerana berjaya menyiapkan adegan tersebut. Alhamdulillah kita berjaya dapat habiskan naskah ini.

“Walaupun adegan dibuang, tak mengapalah mesti ada sebab yang muhasabah. Setidak-tidaknya saya tahu tahap lakonan saya. Saya boleh buat untuk lakonan walaupun tekak sakit, hilang suara dan paling teruk suara bertukar jadi ‘abang-abang’,” jelas Nadia.

Uhtuk masa akan datang, Nadia berharap pihak stesen dapat mempertimbangkan untuk menyiarkan lebih banyak adegan sebegitu. Kalau perlu, buat slot khas untuk drama mengikut klasifikasi sama ada 18 tahun ke atas,” ujarnya lagi.

Terdahulu, pengarah drama berkenaan turut meluahkan rasa terkilan apabila babak bomoh wanita, Cik Embun lakonan Lana Nodin mencucuk kemaluan watak lakonan Sharifah Sakinah juga turut dipotong.

SHUHAMI sebelum ini meluahkan kekesalan kerana babak bomoh wanita melakukan rawatan mencucuk kemaluan seorang watak dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri dipotong sepenuhnya daripada siaran televisyen.

Drama bersiri Aku Yang Kau Gelar Isteri menggantikan Takdir Yang Tertulis disiarkan menerusi TV3, Isnin hingga Khami pukul 10 malam. – K! ONLINE/mSTAR


Sebaran :


Leave a Reply