MP Kedah akan disiasat kerana kaitkan ancaman keselamatan terhadap Sanusi

MP Kedah akan disiasat kerana kaitkan ancaman keselamatan terhadap Sanusi

Polis Kedah akan memanggil seorang ahli parlimen di Kedah untuk membantu siasatan berhubung kenyataan yang dikeluarkan dalam satu ceramah kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sungai Petani, baru-baru ini.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Saleh, berkata setakat ini polis menerima empat laporan berhubung kenyataan ahli parlimen terbabit melalui aplikasi media sosial.



Beliau berkata, kenyataan itu dilihat sebagai suatu fitnah mengelirukan dengan niat mendatangkan khianat awam yang boleh menggugat ketenteraman awam dan negara mengait keselamatan diri Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

“Setakat ini, empat individu yang membuat laporan polis dan sudah dipanggil untuk diambil keterangan.

“Susulan laporan yang dibuat, siasatan dijalankan mengikut seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998,” katanya selepas meninjau proses undi awal membabitkan 875 pegawai dan anggota di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, hari ini.

Pada Ahad lalu, Ahli Parlimen Alor Setar, Afnan Hamimi Taib Azamudden yang juga penceramah terakhir pada perhimpunan politik di Sungai Petani, memaklumkan orang ramai bahawa seorang tokoh politik di negeri itu dinasihatkan supaya tidak menghadiri majlis itu atas sebab keselamatan.



Afnan mendakwa, Menteri Besar Kedah dinasihatkan supaya tidak menghadiri perhimpunan itu kerana ‘perangkap’ yang akan menahannya dan menyebabkan dia melakukan sesuatu yang tidak dijangka.

“Saya nak baca kertas ini yang tulis berita menyedihkan. Pagi tadi Menteri Besar mesyuarat di Kuala Lumpur, mesyuarat penting. Pada mesyuarat itu, dibincang beberapa perkara penting, perkara besar,” katanya pada majlis itu. BH

MP Kedah akan disiasat kerana kaitkan ancaman keselamatan terhadap Sanusi

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Enot dedah dakwaan berkahwin dengan pengkid

Rakan pelawak ‘kahwin’ pengkid, Didie Alias sebak



Bukan saya nak buka aib Enot – Didie luah perasaan

Kenapa saya diceraikan – Adibah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker