Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak

Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memerintahkan hak penjagaan penuh dua anak pasangan selebriti Diana Danielle dan Farid Kamil iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 8, diberikan kepada aktres terbabit.

Peguam syarie mewakili Diana, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya mendapat hak jagaan penuh dan perkara itu turut mendapat persetujuan bersama pihak defendan iaitu Farid.



Perincian tersebut diputuskan dalam prosiding tuntutan hadanah di hadapan hakim syarie Zulfikri Yasoa hari ini.

“Semuanya telah diselesaikan secara baik hari ini dan semua perjanjian antara kedua belah pihak telah dijadikan terma-terma mahkamah.

“Hari ini adalah untuk hak jagaan anak-anak. Hak jagaan anak dan lawatan semua diselesaikan secara baik termasuk yang lain-lain isu termasuk kes cerai pada 10 Ogos lalu, selepas ini tiada apa-apa lagi.

“Hak penjagaan dapat kepada ibu. Lain-lain terma adalah sulit manakala terma lain kita dah selesaikan secara global (menyeluruh),” katanya kepada Kosmo! Online selepas prosiding tuntutan hadanah di sini hari ini.



Sementara itu, Diana atau nama penuhnya Diana Danielle Danny Beeson, 32, enggan mengulas lanjut mengenai hak penjagaan anak yang menjadi miliknya hari ini.

“Saya tiada apa nak cakap mengenai prosiding hari ini. Benda yang sama sahaja.

“Pihak peguam saya yang akan kongsi semuanya,” jawabnya ringkas yang hadir dengan memakai jubah hitam.

Sebelum ini, Diana memperoleh hadanah interim (hak penjagaan sementara) dua anaknya oleh Mahkamah Tinggi sama pada 23 Mac lalu.



Farid juga sebelum ini perlu menghantar surat lima hari lebih awal kepada peguam bekas isterinya, sekiranya mahu bertemu anak-anak.

Terdahulu, Farid Kamil, 42, dan Diana Danielle berakhir dengan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Ogos lalu.

Lafaz cerai dilakukan Farid menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata. K Online



Diana Danielle dapat hak penjagaan penuh anak-anak

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Beberapa pihak cepat melompat macam kera suka seolah-olah kami gagal – TMJ



Caprice kata ‘kamu ingat Kerajaan Malaysia macam spender’

Hairul Azreen berhenti berlakon



Gugurnya Air Mata Khai Bahar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker