Nisbah hutang negara melebihi had statutori 60%, kerajaan jangan langgar undang-undang sendiri – Najib Razak

 

Nisbah hutang negara daripada KDNK setakat suku 4 tahun 2020 adalah pada 62.2%.

Ini melebihi had statutori 60% yang telah dinaikkan dari 55% pada bulan Ogos lalu.



“6 Ogos: Usul had statutori hutang negara dinaikkan 60 peratus daripada KDNK” https://www.bharian.com.my/…/usul-had-statutori-hutang…

Namun, ini adalah pada saranan saya sejak bulan Mei lalu hingga bulan Julai apabila saya perhatikan nisbah hutang ditinggal kerajaan PH pada Feb 2020 sudah 54.4% iaitu hampir melanggar had lama sebanyak 55%. Jika tidak dinaikkan masa itu, kerajaan tidak ada ruang untuk membantu rakyat menghadapi pandemik masa itu. https://malaysiagazette.com/…/kerajaan-perlu-kemuka…/

Bagaimanapun, saya juga perhatikan bahawa had baru 60% sudah tercecah pada akhir suku-3 2020 tapi kerajaan PN tak mengaku apabila ditanya dalam parlimen bulan Disember lalu..
https://dagangnews.com/paras-hutang-negara-masih-di-bawah…

Ini kerana kerajaan PN tiba-tiba gunakan definisi baru – iaitu hanya menggunakan hutang domestik dalam bentuk bon kerajaan dan dengan tidak mengambil kira hutang luar negara (termasuk bon samurai) atau pinjaman bank dalam dan luar negara.



Dengan definisi baru ini, nisbah hutang pada akhir tahun 2020 adalah 58%.

Jika ikut definisi lama pula yang telah digunakan sekian lama oleh negara dan juga semua negara-negara lain dalam dunia, hutang Malaysia sudah cecah 62.2% – iaitu melebihi had statutori 60% yang telah dinaikkan.

Nisbah Jantina Rakyat Malaysia Kini 106 Lelaki Bagi Setiap 100 Perempuan



Saya percaya ada keperluan untuk kerajaan PN memperbetulkan keadaan ini – sama ada dengan menaikkan had statutori lagi ke 65% atau dengan menurunkan jumlah hutang jika mereka tegas untuk mengekalkan had statutori ini.

Mana mungkin sebuah kerajaan melanggar undang-undang sendiri?

Laporan Kementerian Kewangan ini juga membuktikan bahawa kerajaan BN dahulu berjaya turunkan nisbah hutang Malaysia ke 48.7% (45.2% definisi baru) pada suku 1 2018 sebelum PRU14 apabila ekonomi mantap dan defisit kerajaan diturunkan 8 tahun berturut-turut – iaitu jauh di bawah had 55% masa itu.

Ini bermakna tuduhan geng PH sekian lama bahawa Najib menjahanamkan negara adalah fitnah.



Yang ironik ialah defisit negara semakin naik, kadar meminjam adalah 3 kali lebih laju berbanding kerajaan BN dahulu dan ekonomi semakin lemah dalam tempoh 22 bulan PH mentadbir.

Akibatnya, nisbah hutang melonjak naik ke 54.4% pada bulan Februari 2020 sebelum PH tumbang – jauh lebih tinggi berbanding nisbah 48.7% ditinggal kerajaan BN.

Graf di bawah dari laporan fiskal suku 4 2020 MOF (m/s 10):

https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202004/



 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker