Dakwaan Islam radikal di pinggir kota Paris cetus pertelingkahan politik

NANTERRE: Dakwaan seorang guru falsafah, Didier Lemaire, bahawa Islam radikal sedang berleluasa di pinggir kota Paris mencetus pertelingkahan politik sengit di Perancis.

Kemelut terbaru itu dikhuatiri berisiko menyukarkan desakan kerajaan untuk undang-undang lebih tegas menentang ekstremis agama.

Konflik itu menimbulkan ancaman terhadap guru di Trappes, sebuah bandar di sebelah barat dan juga terhadap Datuk Bandar berhaluan kiri, Ali Rabeh, sekali gus mencemar imej bandar itu.

Kedua-dua lelaki itu kini di bawah perlindungan polis.

Lemaire menulis surat secara terbuka November lalu menuduh pihak berkuasa tempatan mengambil mudah terhadap ancaman puak ekstremis Islam.

[VIDEO] Maradona Selamat Dikebumikan. Penyokong Meratapi Pemergiannya

Beliau menulis sebagai tindak balas terhadap pembunuhan rakan gurunya, Samuel Paty, yang diserang dan dipenggal kepalanya selepas beliau menunjukkan kepada murid kartun kontroversi Nabi Muhammad S.A.W.

Penggubal undang-undang kini mulai membahaskan rang undang-undang baharu yang bersifat kontroversi untuk menangani Islam radikal.

Rabeh, dengan berang menolak pembohongan Lemaire itu dan menyatakan bahawa guru itu tidak pernah menerima sebarang ancaman serius.

Khamis lalu, Rabeh berkunjung ke sekolah tinggi guru itu bagi mengedarkan surat untuk menuntut sokongan kepada pelajar yang terkejut dan terkilan dengan komen Lemaire.

Ia menimbulkan ‘huru-hara’ dalam kalangan beberapa ahli politik berhaluan kanan yang mengecam gangguan sosial itu dalam kalangan masyarakat.

Sabtu lalu, pihak pendakwaan membuka kertas siasatan mengenai ancaman kematian dan penghinaan perkauman terhadap Rabeh, yang mengesahkan beliau juga sekarang diawasi oleh polis. – AFP

Gerakan Ku Li raih lebih majoriti, pinggir Anwar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker