DIGELAR ‘GILA MEROYAN’ & ‘GILA TALAK’ – RITA AKUI TIADA NIAT UNGKIT KISAH LAMA

Image_1.jpg

“Saya percaya ia bukan kenyataan Aidil. Ini kerana Aidil bukanlah jenis suka membuat luahan panjang lebar dalam laman sosial. Saya pelik kenapa orang sebelah sana pula meroyan? Kenapa masih berterusan mengganggu hidup dan selalu ‘skodeng’ akaun IG saya? Dia sudah dapat apa yang dimahukan dan suami pun ada depan mata, tetapi kenapa masih nak kacau hidup saya? Mungkin kurang kasih sayang?” persoal pelakon Rita Rudaini.

Bukan tidak ‘move on’ dengan titik hitam kegagalan rumah tangga bersama pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Razak, sejak lapan tahun lalu. Namun, Rita kembali ‘berbunyi’ selepas tidak berpuas hati dengan hantaran dimuat naik bekas suamiya menerusi entri Instagram (IG) mengenai nafkah anak, baru-baru ini.

Aidil memuat naik status pembayaran nafkah terhadap dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10. Namun, lebih mengecewakan apabila Aidil terlebih dahulu membuat pengecualian cukai, sedangkan Rita bersusah payah membesarkan anak-anaknya seorang diri.

Bagaimanapun, Rita memberitahu, dia mengenali bekas suaminya luar dan dalam selepas empat tahun menyulam cinta, sebelum disatukan sebagai suami isteri. Gara-gara tidak berpuas hati dengan ‘serangan’ sebelah sana, Rita turut membongkar semula kisah bekas suami yang didakwa tidur dan menghabiskan masa selama seminggu di rumah Rita, sebelum berkahwin baharu.

Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan pelakon filem Mami Jarum Junior itu mendapat serangan netizen. Mereka menggelar Rita ‘gila meroyan’ dan ‘gila talak’ kerana kembali mengungkit kisah silam, apatah lagi status Aidil yang kini sudah mempunyai keluarga baharu.

Image_2.jpg

Rita berkata, dia tidak berniat mengungkit semula kisah cerita lama, tetapi terpaksa berbuat demikian berikutan netizen kerap menuduhnya tanpa usul periksa.

“Mereka minta saya bongkar, jadi saya terpaksa ungkit kisah Aidil tidur di rumah hampir seminggu, sebulan sebelum berumah tangga. Saya selebriti, ramai orang kenal dan saya jenis tidak suka berpura-pura. Orang tuduh saya tak beri Aidil jumpa anak. Jika betul, saya takkan izinkan Aidil bermalam di rumah untuk meluangkan masa bersama mereka.

“Sebenarnya, saya berat hati mengizinkan Aidil tidur di rumah, tetapi mungkin ini sahaja peluang yang ada untuknya menatap anak, jadi saya izinkan. Lagi pun, saya kasihan pada Aidil, setiap hari, jam 6 pagi bergegas pulang ke Kelana Jaya dan datang semula pada sebelah malam,” katanya.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama ‘Cinta Gila’ dan ‘Rahsia Hati’ itu berkata, anak keduanya baru pandai berjalan dan bercakap ketika itu.

“Waktu diperkenalkan kepada Aidil, Arjuna terpinga-pinga. Saya suruh Arjuna panggil Aidil dengan panggilan ‘daddy’. Arjuna terlalu kecil, jadi sukar untuk dijelaskan maksud ‘daddy’. Tetapi, dia ikut sahaja permintaan saya.

Image_3.jpg

“Namun, apa yang sedihnya, melihat Aidil sudah tiada apabila bangun pagi, Arjuna bertanya kenapa daddy meninggalkannya. Memang sebak kerana anak kecil sepertinya tak faham erti perpisahan. Itulah kali terakhir Arjuna bertemu Aidil,” ujarnya.

Wanita kelahiran Kangar, Perlis itu berkata, dia tidak pernah menghalang Aidil bertemu anak kerana tahu, bekas suaminya mempunyai hak ke atas darah dagingnya. Malah, dia juga tidak mampu menidakkan, Aidil menyayangi Ryan dan Arjuna, tetapi ada penghalang hubungan mereka.

“Saya tahu Aidil sayangkan anaknya. Boleh dikatakan setiap hari Aidil membuat panggilan video mahu bercakap dengan mereka selepas insiden tidur di rumah. Aidil pernah beritahu, mungkin peluang berjumpa anak agak sukar selepas berkahwin, tetapi saya tidak mahu menekannya, hanya pesan cubalah cari ruang.

“Ketika baru berkahwin, Aidil tak lupa menghubungi anak-anak, malah bercakap berjam-jam. Jika kerja di luar daerah, Aidil tetap ingat anak hinggalah bulan ketiga selepas berkahwin. Aidil pernah ‘kantoi’ dengan isteri barunya ketika sedang membuat panggilan video bersama anak. Sejak ‘amukan’ berlaku, Aidil sudah tidak lagi menghubungi Ryan dan Arjuna,” jelas Rita.

Rita berkata, ada sesekali bekas suami menghantar mesej, tetapi kerap kali menggunakan nombor berbeza: “Ada masanya, saya tidak menjawab kerana bimbang orang tidak dikenali. Sekarang anak sudah besar, jadi saya tak boleh paksa mereka pergi ke rumah Aidil. Setahun sekali Aidil hanya bertanya khabar, jadi tentulah anak kekok dengannya,” katanya yang tidak pernah terhegeh-hegeh mahu menagih kasih Aidil semula.

Aidil patut bersyukur bekas isteri jaga anak dengan baik – Rita Rudaini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker