Aidil patut bersyukur bekas isteri jaga anak dengan baik – Rita Rudaini


Ibarat memulangkan paku buah keras. Pelakon popular Rita Rudaini kembali menempelak bekas suaminya, Aidil Zafuan agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tentang pembayaran nafkah kerana dikhuatiri akan memakan dirinya semula.

Menurut Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 44, dia pelik bagaimana Aidil tiba-tiba boleh membuka mulut untuk bercerita tentang isu nafkah dan tuntutan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sekali gus menghangatkan semula permasahan antara mereka sehingga kecoh dalam Instagram.

Rita sebenarnya menjawab kenyataan terbuka bekas suaminya itu berhubung isu pembayaran nafkah anak yang tiba-tiba dibangkitkan menerusi Instagram malam tadi.

Akui Rita, benar Aidil ada membayar nafkah berjumlah RM3,000 setiap bulan namun tidak dinyatakan sama ada untuk setiap anak atau kedua-duanya.

“Saya tak pernah cakap dia tidak membayar nafkah namun amaun yang dia beri selama ini tidak pernah bertambah pun sejak tahun 2013 tetapi saya diamkan saja. Hari ini (semalam) dia berbunyi pula tentang isu tuntutan LHDN.

“Saya bukan nak buat tuntutan tetapi ketika isi borang, rupa-rupanya ada orang sudah buat dahulu. Saya tidak bising pun bila dapat tahu perkara itu empat tahun lepas,” balasnya dalam InstaStory malam tadi.

Pelakon drama Geng Mak Mak itu juga mendakwa bekas suaminya membuat pendedahan terbuka kerana takut dikecam netizen.

“Takut? Awak lebih takut kecaman netizen daripada Allah SWT.

“Tuhan lebih mengetahui apa yang telah berlaku dan diperlakukan. Semoga Allah beri kesedaran dan bersihkan hati,” tulisnya lagi.

Dia juga meminta Aidil bersyukur kerana dikurniakan seorang bekas isteri yang tidak pernah culas menjaga kebajikan dua anak mereka selepas bercerai.

“Sepatutnya awak bersyukur kerana ada bekas isteri yang bagus jaga benih awak sehingga menjadi manusia.

“Saya didik setiap seorang tak pernah sekali pun meminta duit dan harta orang lain, tak pandai bersyukur langsung,” katanya lagi.

Dalam pada itu, dia juga tidak pernah takut untuk menjadi seorang yang lantang bersuara serta tidak mahu meminta sokongan daripada netizen.

“Saya tak pernah takut untuk berjuang sebab Allah sentiasa ada dengan kami,” ujarnya lagi.

Kosmo! semalam melaporkan pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) menjawab tuduhan segelintir netizen yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anaknya selama ini.

Pemain kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) itu turut mempunyai bukti pembayaran dan meminta orang ramai tidak mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap dirinya.

Terdahulu pada 2017, semua kes mahkamah membabitkan tuntutan nafkah anak, mutaah dan edah Rita daripada Aidil telah diputuskan.

Mahkamah memerintahkan Aidil membayar RM3,000 sebulan pada Januari 2015, manakala untuk tuntutan mutaah, dia diperintah membayar RM30,000 pada Oktober 2015.

Rita dan Aidil bernikah secara rahsia pada Februari 2008 di Songkhla, Thailand dan sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan, September 2013. K Online

‘Tidak Manis Urusan Keluarga Dihebahkan’ – Aidil Zafuan Jawab Tuduhan Tak Beri Nafkah Anak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker