‘Bukan bandaraya saya pernah kenal’ – penduduk Hong Kong yang berhijrah

Berjuta warga Hong Kong ditawar peluang menjadi warganegara Britain bagi melepaskan diri dari tindakan keras China. - Foto AFP
Berjuta warga Hong Kong ditawar peluang menjadi warganegara Britain bagi melepaskan diri dari tindakan keras China. – Foto AFP

HONG KONG: Skim visa baharu menawarkan berjuta-juta warga Hong Kong peluang untuk menjadi warganegara Britain apabila bekas pemerintah kolonial bandar itu membuka pintu kepada mereka yang ingin melepaskan diri dari tindakan keras China.

Pihak berkuasa bertindak balas terhadap tunjuk perasaan prodemokrasi besar-besaran dan sering berlaku tahun lalu dengan penangkapan beramai-ramai dan pengenalan undang-undang keselamatan negara yang meluas.

Ketika Beijing berusaha untuk menyingkirkan perbezaan pendapat di kota semiautonomi yang dihuni seramai 7.5 juta orang, AFP bertemu dengan beberapa warga Hong Kong yang sudah dan bakal berhijrah ke Britain dalam beberapa bulan akan datang.

Perunding Imigresen, Billy Wong, 44, berkata ramai yang mengambil peluang untuk berhijrah dan keluarganya turut mempertimbangkan tawaran itu.

“Kini kami memiliki undang-undang baru, perlu berhati-hati dengan apa yang kami ucapkan dan apa yang kami tulis di Facebook.

“Apa yang paling saya mahukan untuk anak perempuan saya, Tinyu, 10, ialah dia boleh menjadi dirinya sendiri dan bebas berfikir,” kata isterinya Eileen Yeung merujuk pada undang-undang keselamatan baru.

Sementara itu, selepas tiga bulan, Gavin Mok, 42, dan isterinya Lydia pindah ke Britain, Mok membuat rakaman di YouTube mengenai barangannya yang dibawa dari Hong Kong.

“Saya ingin berkongsi pengalaman saya, untuk memberitahu mereka bahawa sudah waktunya untuk pergi,” katanya yang pernah bersekolah dan belajar di universiti di Britain.

Malah, anaknya berusia 9 dan 11 tahun berada pada tahap penyesuaian dan sudah sudah berbahasa Inggeris berbanding Kantonis.

Jelasnya, beliau sedar gaji diterima sebelum ini tidak sama selepas berhijrah dan bersedia melakukan apa juga jenis pekerjaan seperti penghantaran makanan dan bungkusan.

“Saya tidak rindu Hong Kong kerana sudah lama putus asa dengan negara itu. Tidak ada apa-apa untuk saya di sana, tetapi tidak akan melepaskan identiti saya sebagai rakyat Hong Kong,” katanya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker