31 orang maut, masjid di Islamabad diserang
31 orang maut, masjid di Islamabad diserang

SLAMABAD – Sekurang-kurangnya 31 orang terbunuh, manakala 169 lagi cedera akibat letupan di sebuah masjid di Pakistan, lapor agensi berita Anadolu.
Penyerang menyasarkan Imambargah Khadijah-tul-Kubra, tempat ibadah bagi pengikut Syiah di Bandar Shehzad, Islamabad semasa solat Jumaat.
Menteri Pertahanan Pakistan, Khawaja Asif berkata, beberapa pengawal keselamatan cuba menangkap penyerang yang kemudian melepaskan tembakan dan meletupkan dirinya di barisan terakhir jemaah.
Beliau turut mengaitkan serangan tersebut dengan penglibatan India dan Afghanistan.
Kenyataan oleh pentadbiran daerah Islamabad di platform X mengesahkan angka kematian setakat ini mencecah 31 orang, manakala 169 lagi cedera dan sedang dirawat di hospital berdekatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pembangunan Luar Bandar Terus Diberi Keutamaan – Mohd Asna
- Kerjasama Strategik Antara IPT Dan Industri Akan Diperluas Rentas Sektor
- Kolej KETENGAH Raih Akreditasi Penuh MQA, Bukti Kualiti Pendidikan Diperkasa – Rozi Mamat
Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
Pihak berkuasa mengisytiharkan darurat di hospital, manakala lokasi kejadian ditutup sepenuhnya.
Rakaman video dimuat naik di media sosial menunjukkan sebilangan mangsa terbaring di tanah dengan serpihan kaca dan sisa runtuhan bertaburan.
Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar menyifatkan serangan itu sebagai serangan bunuh diri ke atas jemaah yang menghadiri solat Jumaat di Imambargah.
Serangan itu turut dikutuk beberapa pegawai lain termasuk Perdana Menteri Shehbaz Sharif dan Presiden Asif Zardari.
Jurucakap Perdana Menteri Sharif, Mosharraf Zaidi berkata, serangan tersebut adalah terbaru dalam siri serangan pengganas yang diatur oleh India.
Setakat semalam New Delhi belum mengulas mengenai dakwaan Mosharraf. – AGENSI
31 orang maut, masjid di Islamabad diserang
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pertemuan Onn Hafiz–Kepimpinan Singapura Kukuhkan Persefahaman Dua Hala
- Sentuhan Prihatin Di DUN Trong, Dekati Rakyat Dalam Sukar Dan Duka
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.