Penjual bancuh kopi guna mesin gerudi

Aksi seorang penjual kopi di Indonesia yang membancuh kopinya dengan menggunakan mesin gerudi tular di aplikasi TikTok. – TikTok

JAKARTA – Satu video memaparkan aksi seorang penjual kopi yang membancuh minuman itu dengan menggunakan mesin gerudi tular di media sosial Indonesia baru-baru ini, lapor laman berita Suara.com semalam.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pemilik akaun TikTok bernama @kenandgratt itu, dia yang merupakan seorang pelanggan, mencuba hidangan kopi luar biasa tersebut. Kopi itu dibancuh dengan menggunakan sebuah mesin gerudi.

“Hebat-hebat ya penjual sekarang,” demikian kapsyen yang dimuat naik bersama video itu.

Penjual kopi itu sudah mengubahsuai mesin gerudi yang digunakan dengan menggantikan bahagian hujungnya dengan sebatang sudu.



Kopi tersebut kemudiannya diminum oleh seorang wanita yang bergurau dengan mengatakan ia mempunyai aroma besi.

Netizen yang menonton video tersebut kemudiannya meninggalkan pelbagai pendapat pada ruangan komen.

“Kopi yang mengandungi zat ‘besi’,” komen seorang netizen.

Video itu sehingga kini sudah ditonton




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pembida Harta Sajat Larikan Diri Rupa-Rupanya PA Aliff Syukri?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker